Assalamualaikum. Kawan2 ada install apps TouchnGo ewallet ke? Kalau ada, maksudnya kawan2 pasti tahu tentang satu produk GO+ di dalam apps TnGo ewallet tu kan? Baiklah, teruskan membaca entri ini agar kawan2 lebih faham, ye? Terima kasih.

Produk ini telah tersedia dalam aplikasi TnG kawan2. Kawan2 boleh lihat di bahagian atas dan terus tekan untuk menyertainya. Ia satu medium pelaburan yang disediakan kepada para pengguna aplikasi ini dengan menjanjikan pulangan yang menarik kepada para peserta.

The underlying fund for GO+ is Principal e-Cash – a Shariah-compliant Money Market Fund managed by Principal Asset Management Berhad (“Principal Malaysia”) that aims to provide investors with liquidity and income.

TnG website

Pulangan yang ditawarkan sekitar 2.80% setahun. Walau tidak setinggi ASB atau TH, ia masih berbaloi kerana wang yang berada di e-Wallet kawan2 biasanya kekal tanpa sebarang dividen. Kalau ada peluang sebegini sebaiknya kawan2 rebut sahaja. Disamping dalam dompet ada duit, duit itu pula boleh bertambah secara senyap.

Setelah itu, tekan butang UPGRADE dan kawan2 perlu mengemaskini beberapa maklumat diri seperti gaji tahunan, percukaian dan lain-lain. Setelah itu kawan2 akan dibawa ke halaman ini.

Kawan2 boleh menekan butang MAXIMUM untuk memasukkan kesemua wang yang ada ke dalam GO+. Setelah itu tekan NEXT.

Untuk makluman, duit kawan2 di dalam e-wallet boleh digunakan secara terus untuk sebarang pembayaran. Tidak perlu untuk cash-out terlebih dahulu. Kan mudah sebegini.....

Kawan2 boleh melihat interface yang berbeza apabila kawan2 menekan butang GO+. Di situ tercatat kadar keuntungan yang dijangka pada waktu itu, dan mungkin berubah mengikut kadar keuntungan semasa.

Sebenarnya kadar keuntungan tidak boleh kadar tetap, kerana kadar tetap tidak dibenarkan dari sudut syariah. Jadi kadar ini hanya sebagai panduan kita sahaja. Kadar sebenar boleh disemak dari masa ke masa.

Rumusan

Bagi bukan pengguna TnG e-wallet, Abam Kie cadangkan jom kita mula gunakannya kerana banyak faedah yang boleh kita dapati daripadanya. Salah satunya ialah medium pelaburan yang disediakan atas wang simpanan kita di e-wallet ini. Bagi yang sedang menggunakan TnG, langganlah GO+ kerana ia menambah nilai ke atas wang anda untuk jangka panjang.

Ya betul mungkin bukan setiap hari kita menggunakannya. Tapi disebabkan itulah GO+ dapat memberi manfaat atas wang yang tidak digunakan. Yang paling best ialah keuntungan itu diperolehi secara harian. Best tak best? Macam Abam Kie sendiri, setiap pagi begitu teruja nak tahu berapa nilai pulangan yang masuk ke akaun Go+! Memang x missed la check di HP selepas bangun tidur. Ada yang dah langgan GO+ yang patuh syariah? Jom kongsikan dengan Abam Kie di ruangan komen di bawah ini.