1. Khutbah Jumaat adalah satu perkara yang penting dan ianya salah satu syarat sah Solat Jumaat. 

2. Solat Jumaat pula adalah solat yang wajib bagi lelaki selaku pemimpin keluarga. 

3. Perkara wajib atau perkara penting tidak boleh dilakukan sekadar ambil syarat atau diambil mudah. Ianya perlu dilakukan dengan serius. 

4. Maka khatib-khatib yang hendak diberi tauliah untuk menyampaikan khutbah juga perlu dipilih dengan serius. 

5. Perlu diuji tahap kesihatan, tahap kemampuan pengucapan depan jemaah yang ramai, tahap pembacaan, bukan seorang yang panik, gementar, dll. 

6. Apabila telah ada khatib2 yang sesuai, ianya tidak boleh selepas dilantik, dibiarkan mereka bergerak sendiri. 

7. Perlu diberi latihan berkala, perlu diberi gaji yang setimpal dan kemudahan2 yang baik. Kerana itu jawatan penting. 

8. Selain khatib, penulis teks khutbah juga memainkan peranan yang penting. Agar isi kandungan khutbah memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Barulah dakwah itu sampai. 

9. Solat Jumaat adalah waktu yang boleh dikatakan mencabar. Tengahari, panas, sesak, berperang dengan waktu kerja, waktu anak balik dan hendak ke sekolah, kesukaran mencari parkir, dll. 

10. Bagi negeri2 yang bekerja, jemaah datang dalam keadaan kenyang kerana makan terlebih dahulu. Selepas solat tidak sempat hendak makan. 

11. Bagi negeri yang cuti, jemaah lapar. Kerana datang awal ke masjid dan belum makan. 

12. Pelbagai jenis emosi jemaah yang ada depan khatib. 

13. Naik khatib ke mimbar pula, baca khutbah hanya sekadar membaca. Sebutan pula seolah-olah sedang mengemam gula-gula di dalam mulut. 

14. Tidak ada suara dari kepala, suara dari dada, suara dari perut , tidak ada koma dan noktah. Tidak ada suara keras, suara lembut, suara nasihat, suara bisikan. Gaya penyampaian out…..

15. Akhirnya isi kandungan khutbah tidak sampai,  kerana tidak meresap ke dalam jiwa jemaah. Ada yang mengantuk, ada yang terus lena, ada yang jemu, ada yang hendak marah (lapar). 

16 . Saya paling suka khatib2 Masjid dalam Wilayah Persekutuan KL. Kebanyakan mereka bertenaga, bersemangat dan tahu memainkan suara sesuai dengan mesej yang hendak disampaikan. Pengucapan lancar. Bukan seperti membaca suratkhabar Utusan Zaman (suratkhabar jawi zaman dulu). 

17. Untuk Majlis Agama pula, teks khutbah yang dibekalkan kepada khatib hendaklah ada kod warna. Contoh; tulisan hitam bacaan mendatar, tulisan biru guna suara dari kepala, tulisan merah suara dari dada. Khutbah perlu ditulis oleh orang yang ahli atau diberi latihan. 

18. Di Malaysia kita ada seorang penyampai yang hebat yang pernah dinobatkan sebagai Penyampai No 1 Asia, Datuk Aznil Nawawi. 

19. Saya pernah menghadiri kelas penyampaian dan pengucapan yang beliau kendalikan. Bagi saya ianya sangat luar biasa. 

20. Saya mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri-Negeri cuba berbincang dengan Datuk Aznil bagaimana untuk mendapatkan cara penyampaian khutbah yang berkesan. 

21. Lihat dulu kemampuan beliau setakat mana. Jika memuaskan boleh gunakan beliau untuk memberi latihan kepada khatib2. 

22. Jangan pandang beliau sebagai artis dan tidak sesuai untuk institusi agama. Bukan hendak minta beliau tulis teks khutbah. Hanya untuk beliau berkongsi ilmu dengan khatib tentang cara penyampaian yang betul. 

23. Beliau pun umur telah mencecah 60 tahun dan sudah pasti hendak menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada agama sebelum mengakhiri hidup.

24. Jika Khutbah Jumaat dapat disampaikan dengan berkesan dan meresap masuk ke dalam jiwa orang ramai, banyak masalah dalam negara dapat dikurangkan.

25. Kes-kes jenayah,  rasuah, seksual, kemalangan, dan macam2 kes lain dapat dikurangkan. Kerana orang makin mempunyai kesedaran. 

26. Tidak perlu lagi kerajaan keluar wang banyak2 untuk membina balai polis, mahkamah dan penjara. Semua itu perlu gaji dan pencen yang berterusan setiap bulan. 

27. Mendidik dan mencegah itu adalah lebih baik dari merawat. Khutbah Jumaat adalah salah satu tempat mendidik dan memberi ilmu kepada masyarakat. 

28. Jika khutbah itu tidak penting, Allah tidak akan jadikan ianya wajib dan orang tidak boleh berkata-kata ketika khutbah. Sebab pentinglah ianya Allah jadikan begitu. 

Sekian.