12 fakta tentang ‘ameba pemakan otak’
Pada bulan Disember 2022 lalu dunia dikejutkan dengan berita mengenai kes pertama jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai 'ameba pemakan otak' di Korea Selatan.
Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KDCA) mengesahkan kes membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 50an yang meninggal dunia pada 21 Disember lalu, selepas dijangkiti Naegleria fowleri.
Mangsa dilaporkan menetap selama empat bulan di Thailand sebelum kembali ke Korea Selatan pada 10 Disember lalu.
Susulan laporan media mengenai kes tersebut, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan rakyat di negara ini supaya kekal berwaspada khususnya ketika ingin melakukan aktiviti di kawasan air tawar, meskipun belum ada kes seumpamanya direkodkan di negara ini.
Mungkin ramai yang masih belum 'familiar' dan tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'ameba pemakan otak'.
Berikut adalah fakta yang perlu anda ambil tahu mengenai penyakit tersebut:
1) Nama saintifik ameba pemakan otak ialah 'Naegleria fowleri', dan ia adalah organisma bersel tunggal mikroskopik yang ditemui dalam kawasan air tawar seperti tasik, sungai dan kolam air panas.
2) Naegleria fowleri boleh masuk ke dalam rongga badan melalui air yang tercemar. Ini boleh berlaku jika melakukan aktiviti berenang, menyelam atau berendam.
3) Ameba yang terkandung dalam air tercemar boleh memasuki rongga hidung secara terus dan perlahan-lahan memusnahkan tisu otak. Ia menyebabkan jangkitan yang jarang berlaku tetapi biasanya membawa maut, yang dipanggil Primary amebic meningoencephalitis (PAM).
4) Walaupun tidak melakukan aktiviti di kawasan air tawar, seseorang masih boleh menghadapi risiko jangkitan jika mereka menggunakan air yang tercemar oleh Naegleria fowleri untuk membersihkan hidung.
5) Ia pertama kali ditemui di Amerika Syarikat pada tahun 1937.
6) Organisma ini aktif dalam air suam dan haba pada suhu tinggi sehingga 115°F (46°C) tetapi kadangkala boleh bertahan pada suhu yang lebih panas.
7) Sehingga 2018, sebanyak 381 kes dilaporkan dari seluruh dunia, terutamanya dari Amerika Syarikat, India dan Thailand.
8) Kebanyakan lelaki muda berumur 14 tahun atau lebih muda sangat berisiko untuk terdedah kepada jangkitan. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), ini mungkin disebabkan fakta bahawa golongan ini cenderung untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dinyatakan di atas.
9) Ia bukan penyakit berjangkit. Individu yang dijangkiti tidak boleh menularkan penyakit kepada orang lain.
10) Gejala jangkitan otak biasanya bermula selepas kira-kira lima hari jangkitan termasuk demam, loya dan muntah. Gejala lain yang berlaku pada peringkat ini ialah leher kaku, kekeliruan, kurang fokus, sawan, halusinasi dan koma. Akhirnya ia memusnahkan tisu otak, menyebabkan bengkak di otak dan akhirnya membawa kepada kematian.
11) Buat masa ini, tiada rawatan khusus untuk kes Naegleria fowleri. Walau bagaimanapun, beberapa ubat digunakan untuk rawatan.
12) Walaupun ia kes yang jarang berlaku, namun seiring dengan perubahan iklim dan pemanasan global, ameba mungkin berkembang pesat menjadikannya seperti jangkitan biasa.
Sumber - wionews.com
10 Comments
Seram baca.
ReplyDeleteApapun kena berhati-hati.
seramnyaaa... mostly negara yg kadar kemiskinan tinggi akan muncul wabak2 mcm ni
ReplyDeleteGhisauuuu.. mujur tak berjangkit melalui udara.
ReplyDeleteAda kawan share pasal amoeba ni hari tu. Risau juga dibuatnya 😩.
ReplyDeleteusihh..takutnya mcm2 penyakit sekarang ni..huhu
ReplyDeleteterima kasih perkongsian info
ReplyDeletePost covid ni mcm2 virus keluar.. semoga x menular ke negara kita
ReplyDeleteSeram pula baca. Tapi sebagai peringatan juga kepada kita supaya berjaga jaga
ReplyDeletescary nya..minta dijauhkan
ReplyDeleteYa Allah, kalo baca kes ini seraam rasanya 😔. Tapi syukurlah ini tak menular. Tapi rasanya ngeri juga kalo dia bisa hidup dalam air yg hangat cendrung panas. Semoga lah tak masuk Yaa ke negara kita 😢
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.