Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Kelapan di Pizza Hut
Assalamualaikum. Pada 25 Disember 2022 maka genaplah 8 tahun usia perkahwinan Abe Kie dan Kak Ton. Pada 8 tahun lalu kami berkahwin dalam banjir kuning yang teruk membadai Kelantan. Seingat Abe Kie la.... kami terpaksa tidur dalam rumah mentua yang hampir dimasuki air. Mujur tak berpindah ke PPS di Pasir Mas tu. Dah la Abe Kie datang akad nikah sehelai sepinggang. Mujurlah dapat pinjam baju dan kain pelikat dengan abang dan adik ipar. Hampir 5 hari di rumah mentua barulah dapat balik ke Tanah Merah. Tengok rumah dipenuhi lumpur. Sedih yang amat tengok kerosakan harta-benda yang ada. Tapi kami tak duduk di rumah lagi selagi ia belum dibersihkan. Ada gak tidur di rumah kakak di Machang selama 3 hari sehingga rumah cukup bersih dan bekalan air dan api dipulihkan. Dekat sebulan gak baru la rumah Abe Kie tu betul2 bersih dan selamat diduduki. Sedih kalau diingati peristiwa bah kuning 2014 itu.
Sebenarnya pada hari Krismas 2022 tu kami sekeluarga ingin melawat kawan Kak Ton yang baru kahwin sehari sebelumnya. Kak Ton tidak dapat balik dari Jerantut sebelum tarikh kenduri tu sebab kereta kakak iparnya rosak di sana. Mereka adik-beradik pergi melawat bapa saudara yang sakit tenat di sana. Sampai di Tanah Merah pun kenduri dah habis. Jadi ingat nak pi selepas menjamu selera di Pizza Hut Kok Lanas tetapi malangnya pengantin baharu x ada di rumah kerana mereka pergi bermalam di sebuah hotel di Kota Bharu.
Masa nak order makanan di Pizza Hut tu punyalah susah. Waiter x ambik order dah mcm dulu2. Sebaliknya kami kena scan QR code untuk buat pesanan. Punyalah tricky apps Pizza Hut ni. Dah la perut lapar. Ni membazir masa plak nak navigate menu yg 'haram jadah' di apps ni. Akhirnya kami panggil waitress tu untuk buatkan. Ada teknologi pun makin menyusahkan! Masa abe kie guna touch screen untuk order di MekDi ok je sebab user-friendly. Yang Pizza Hut ni macam 'harem'... x sama spt apps untuk order take-away di HP.
Selepas makan pizza ni baru buleh senyum! Lain kali rasanya baik order dan makan di rumah spt lazimnya. Akhir kata mohon rakan2 yang sedang membaca entri ini turut sama mendoakan semoga perkahwinan kami akan berkekalan hingga ke Jannah. Terima kasih ye.... In Shaa Allah. Aamiin.
25 Comments
Happy anniversary cikgu!! Ingat lgi bah masa tu... syukurlah skrg ni dah terkawal kalau musim tengkujuh di pantai timur kan? Mmg pun qr code menu di PH x mesra pelanggan... dpd lapar tukar jadi ke fed up pulak rasa nk mkn di PH
ReplyDeleteHappy Anniversary buat kalian berdua. Moga rumah tangga sentiasa diberkati Allah, beroleh bahagia dunia & akhirat.
ReplyDeleteItulah..sekarang ni mana-mana nak kena pakai apps. Kalau yang mesra pengguna tu okey la kan. Kalau yang tak, makin lambat la kita nak ngoder makan.
wah tahniah abam kie. semoga berkekalan. selalunya kalau pergi pizza hut beli hawaian chicken je
ReplyDeleteHappy anniversary, Abamkie.
ReplyDeletehappy anniversary abe kie & isteri
ReplyDeleteWah baru 8 tahun. Amin. Semoga berkekalan ke Jannah.
ReplyDeleteEntah kadang-kadang says rasa sistem makin menyusahkan pengguna.
Happy anniversary abam kie 👏🎉🎉. Saya doakan Abang dan istri tetep selalu mesra dan kuat hubungannya. Makin dilancarkan rezeki buat kalian. Selalu disehatkan dan dijaga dari segala yg tak baik yg bisa merusak pernikahan 🎉.
ReplyDeleteTahniah..happy anniversary abe kie dan isteri...senyum sokmo
ReplyDeleteHappy anniversary AK & isteri...
ReplyDeleteSelamat hari ulangtahun perkahwinan, Abe Kie dan Kak Ton. Semoga terus bahagia dan kekal hingga ke jannah.
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah hppy anniversary cikgu n isteri bhgia bersama menuju jannah amiin
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun abe kie... muka masing2 seiras la..hehe
ReplyDeleteHappy anniversary, moga berpegangan tangan sehingga ke Jannah
ReplyDeleteWah.... sama cantik sama padan... macam pengantin baharu!
ReplyDeletehappy anniversary abang Kie dan isteri
ReplyDeletemoga bahagia hingga ke Jannah, abeKie dan kakTon.
ReplyDeletefaham. aida pun bengang dgn sistem pizza hut tu.
Allahu, susah nau nak ngoder nya.
pernah sekali, tunggu2 makanan tak sampai. lambat.
yg sampai hanya kek coklat (dessert).
bila tanya semula, cek balik order, rupanya yg masuk sistem order hanya kek coklat tu je!
hampir nak marah. then adik tu offer amik order dgn dia je.
hadoi. stress!
selepas tu, kami dah tak kerap masuk pizza hut dah. serik!
Selamat ulang tahun perkahwinan cikgu.. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.
ReplyDeletehappy anniversary abam kie dan isteri..moga sentiasa dalam rahmat&kasih sayang Allah..bahagia hingga ke akhir hayat..
ReplyDeleteAamiiin...moga perkahwinan Abe Kie terus kekal bahagia hingga ke Jannah...aamiin ya rabbil aalamin
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan Abe Kie & Kak Ton. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan berpimpin tangan disyurga kelak.
ReplyDeleteammi pun nyampah dengan sistem order guna qr code bagai ni. nak swipe sana, scroll sini.
selamat ulangtahun perkahwinan cikgu@Abam Kie dan KakTon
ReplyDeleteHappy anniversarry Abam Kie dan Kak Ton. Moga kekal ke Jannah
ReplyDeleteHappy anniversary abam kie dan istri..semoga selalu diberikan keberkahan dan rejeki amin ya Rob...pizza tampak sedap ^^
ReplyDeleteHappy anniversary
ReplyDeleteHepi anniversary a. Kie n k. Ton.. Moga bhagia till jannah.. Aamiin
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.