8 kelebihan lemon untuk kecantikan, kebersihan dan aroma segar
Wangi dan diperkaya dengan khasiat vitamin C, lemon sering dijadikan sebagai bahan dalam sesebuah hidangan atau masakan. Malah, ia juga baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Secara ringkas lemon mempunyai berbilang kegunaan dan ada di antaranya yang mungkin jarang diketahui ramai.
Tahukah anda, lemon dapat membantu untuk menghalau nyamuk dan semut, mencerahkan pakaian putih, mengilatkan sinki, mengharumkan udara rumah dan banyak lagi kegunaannya.
Berikut Abam Kie kongsi lapan kehebatan lemon, yang mudah untuk diamalkan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di rumah. Yang pasti, tidak perlu banyak belanja atau berhabisan wang untuk memastikan rumah bersih dan harum!
1. Untuk kecantikan
Diperkaya dengan bahan antibakteria yang dapat merawat jerawat, tidak hairanlah jika lemon merupakan antara kandungan bahan yang kerap digunakan di dalam produk-produk kecantikan seperti sabun pencuci muka, masker, krim pelembap dan banyak lagi. Selain itu lemon juga dapat mengatasi cela dan mencerahkan kulit muka dengan mudah.
Anda hanya perlu menghiris lemon dan perahkan jusnya di dalam mangkuk. Sapukan jus sambil menggosok kulit buah lemon langsung ke serata kulit muka. Tapi, elakkan terkena mata dan pastikan kulit anda tidak sensitif atau mempunyai luka semasa menyapukan jus dan kulit lemon.
Selepas selesai menggosok muka dengan lemon, bilas bersih dengan air. Bandingkan kulit anda sebelum dan sesudah proses ini. Hasilnya cela akan lebih pudar dan kulit tampil lebih cerah dan bersih. Lakukan rutin ini secara konsisten untuk hasil yang lebih berkesan.
2. Nyahkan bau kasut yang busuk
Kasut yang sering digunakan seharian selalunya berbau jika ia tidak dicuci atau dijemur di bawah matahari.Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mencuci kasut dan tidak sabar untuk menunggunya kering, cuba atasi bau kasut yang busuk dengan meletakkan hirisan lemon di dalamnya.
Caranya mudah, hiris lemon dan letakkan di dalam kasut apabila anda tidak menggunakannya atau sekurang-kurangnya semalaman.
Hasilnya amat ketara, keesokan harinya bau yang busuk menyengat itu pasti sudah pudar atau hilang sama sekali.
3. Aroma segar dan wangi
Tak payah berhabisan wang untuk membeli pewangi udara dan sebagainya untuk menikmati aroma harum di dalam rumah. Cuba buat sendiri pewangi lemon dengan kaedah D.I.Y.
Caranya tidak sukar, kupas kulit lemon dan tuangkan 150ml cuka di dalam botol plastik penyembur yang kosong.
Biarkan semalaman dan pada esok pagi tambahkan 150ml air di dalam botol yang sama. Goncang perlahan-lahan dan kemudian sembur di sudut kegemaran anda untuk menikmati aroma yang harum dan segar.
Ia juga boleh digunakan sebagai cecair pembersih asli yang bebas dari bahan toksin.
4. Putihkan fabrik dan pakaian
Untuk mengekalkan warna pakaian putih agar ia sentiasa tampil cerah, selalunya ramai yang akan menggunakan sabun bahan peluntur. Tapi selain menggunakan sabun ini, anda juga boleh mengekalkan pakaian putih dengan menggunakan lemon.
Sebelum mencuci pakaian putih, rendam cucian di dalam baldi, campurkan sedikit serbuk baking soda, hirisan dan perahan jus lemon. Biarkan pakaian direndam anggaran 30 minit atau lebih. Selepas itu, bilas dan cuci pakaian seperti sedia kala. Lihat perbezaannya.
5. Halau nyamuk dan semut
Ingin elakkan semut dari bersarang di dalam rumah? Perah jus lemon di dalam bekas, sembur di celah-celah pintu atau lubang di dapur.
Bagi yang ingin menghalau nyamuk pula, belah lemon menjadi dua dan cucuk cengkih sepenuhnya. Kemudian letakkan lemon di ruang atau penjuru bilik yang bernyamuk. Menurut satu kajian kombinasi aroma lemon dan cengkih dapat menghalau nyamuk secara berkesan dan semula jadi.
6. Bersihkan papan pemotong
Simpan papan pemotong di tempat yang bersih dan kering di dapur selepas menggunakannya. Tapi sebelum itu pastikan untuk membersihkannya dengan setengah biji lemon yang dijadikan seperti span pencuci mangkuk. Taburkan garam di permukaan papan pemotong dan gosok menggunakan lemon. Kemudian biarkan 10 – 15 minit dan ulangi lagi sekali sebelum membilasnya bersih dan tos kering.
7. Peti ais wangi
Bila ingin membersihkan peti ais, lap dengan menggunakan span yang sudah direndam dengan jus lemon. Lihat keberkesannya, ia dapat menghapuskan bau hanyir di dalam peti ais dan sekaligus memberikan aroma yang harum dan segar sepanjang hari.
8. Sinki kilat
Kupas kulit lemon dan campurkan dengan sedikit serbuk baking soda. Kemudian sapu dan gosok dipermukaan sinki keluli tahan karat dengan menggunakan span yang bersih. Bilas dengan air dan lihat hasilnya. Sinki tampil bersinar dan kilat.
Tunggu apa lagi? Cubalah lapan petua ini, bukan saja dapat menjimatkan wang tapi mudah dilakukan oleh sesiapa saja dan ia dapat memberi manfaat untuk seisi keluarga!
Wangi dan diperkaya dengan khasiat vitamin C, lemon sering dijadikan sebagai bahan dalam sesebuah hidangan atau masakan. Malah, ia juga baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Secara ringkas lemon mempunyai berbilang kegunaan dan ada di antaranya yang mungkin jarang diketahui ramai.
Tahukah anda, lemon dapat membantu untuk menghalau nyamuk dan semut, mencerahkan pakaian putih, mengilatkan sinki, mengharumkan udara rumah dan banyak lagi kegunaannya.
Berikut Abam Kie kongsi lapan kehebatan lemon, yang mudah untuk diamalkan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di rumah. Yang pasti, tidak perlu banyak belanja atau berhabisan wang untuk memastikan rumah bersih dan harum!
1. Untuk kecantikan
Selain itu lemon juga dapat mengatasi cela dan mencerahkan kulit muka dengan mudah.
Anda hanya perlu menghiris lemon dan perahkan jusnya di dalam mangkuk. Sapukan jus sambil menggosok kulit buah lemon langsung ke serata kulit muka. Tapi, elakkan terkena mata dan pastikan kulit anda tidak sensitif atau mempunyai luka semasa menyapukan jus dan kulit lemon.
Selepas selesai menggosok muka dengan lemon, bilas bersih dengan air. Bandingkan kulit anda sebelum dan sesudah proses ini. Hasilnya cela akan lebih pudar dan kulit tampil lebih cerah dan bersih. Lakukan rutin ini secara konsisten untuk hasil yang lebih berkesan.
2. Nyahkan bau kasut yang busuk
Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mencuci kasut dan tidak sabar untuk menunggunya kering, cuba atasi bau kasut yang busuk dengan meletakkan hirisan lemon di dalamnya.
Caranya mudah, hiris lemon dan letakkan di dalam kasut apabila anda tidak menggunakannya atau sekurang-kurangnya semalaman.
Hasilnya amat ketara, keesokan harinya bau yang busuk menyengat itu pasti sudah pudar atau hilang sama sekali.
3. Aroma segar dan wangi
Tak payah berhabisan wang untuk membeli pewangi udara dan sebagainya untuk menikmati aroma harum di dalam rumah. Cuba buat sendiri pewangi lemon dengan kaedah D.I.Y.
Caranya tidak sukar, kupas kulit lemon dan tuangkan 150ml cuka di dalam botol plastik penyembur yang kosong.
Biarkan semalaman dan pada esok pagi tambahkan 150ml air di dalam botol yang sama. Goncang perlahan-lahan dan kemudian sembur di sudut kegemaran anda untuk menikmati aroma yang harum dan segar.
Ia juga boleh digunakan sebagai cecair pembersih asli yang bebas dari bahan toksin.
4. Putihkan fabrik dan pakaian
Untuk mengekalkan warna pakaian putih agar ia sentiasa tampil cerah, selalunya ramai yang akan menggunakan sabun bahan peluntur. Tapi selain menggunakan sabun ini, anda juga boleh mengekalkan pakaian putih dengan menggunakan lemon.
Sebelum mencuci pakaian putih, rendam cucian di dalam baldi, campurkan sedikit serbuk baking soda, hirisan dan perahan jus lemon. Biarkan pakaian direndam anggaran 30 minit atau lebih. Selepas itu, bilas dan cuci pakaian seperti sedia kala. Lihat perbezaannya.
5. Halau nyamuk dan semut
Ingin elakkan semut dari bersarang di dalam rumah? Perah jus lemon di dalam bekas, sembur di celah-celah pintu atau lubang di dapur.
Bagi yang ingin menghalau nyamuk pula, belah lemon menjadi dua dan cucuk cengkih sepenuhnya. Kemudian letakkan lemon di ruang atau penjuru bilik yang bernyamuk. Menurut satu kajian kombinasi aroma lemon dan cengkih dapat menghalau nyamuk secara berkesan dan semula jadi.
6. Bersihkan papan pemotong
Taburkan garam di permukaan papan pemotong dan gosok menggunakan lemon. Kemudian biarkan 10 – 15 minit dan ulangi lagi sekali sebelum membilasnya bersih dan tos kering.
7. Peti ais wangi
Bila ingin membersihkan peti ais, lap dengan menggunakan span yang sudah direndam dengan jus lemon. Lihat keberkesannya, ia dapat menghapuskan bau hanyir di dalam peti ais dan sekaligus memberikan aroma yang harum dan segar sepanjang hari.
8. Sinki kilat
Kupas kulit lemon dan campurkan dengan sedikit serbuk baking soda. Kemudian sapu dan gosok dipermukaan sinki keluli tahan karat dengan menggunakan span yang bersih. Bilas dengan air dan lihat hasilnya. Sinki tampil bersinar dan kilat.
Tunggu apa lagi? Cubalah lapan petua ini, bukan saja dapat menjimatkan wang tapi mudah dilakukan oleh sesiapa saja dan ia dapat memberi manfaat untuk seisi keluarga!
11 Comments
Betul banyak manfaat lemon. Saya spare lemon kering dekat rumah. kalau anak demam akan mandikan anak dengan hirisan lemon
ReplyDeletenombor 5 tu pernah viral kat malaysia ni, da pernah try jugak hahaha
ReplyDeletetqq atas info
ReplyDeletegood entry and thanks for sharing..:)
ReplyDeletebetuls..byk sgt kegunaan lemon ni kan
ReplyDeleteBaru tahu boleh halau nyamuk. Bolehlah kalau di rumah yang banyak nyamuk tapi tiada ubat nyamuk, guna lemon dan kayu cengkih.
ReplyDeletePERNAH LAH masak letak lemon. sekali dengan kulit. ingat dah terpaling sedap. sekali makan, hah kau. pahit HAHAHA. macam hirup kuah yang diletak panadol huis
ReplyDeletembul juga selalu stok lemon karena selain untuk campuran tea pagi juga bisa untuk menyegarlan wajah atau masker alami
ReplyDeletebanyaknya khasiat lemon elok tanam xyah beli kalau nk guna
ReplyDeletesuka air + lemon....bau yg menyegarkan...
ReplyDeleteUntuk kesehatan rambut dan scalp juga bagus bang. Dan lemon ini baik untuk menghilangkan dandruff. Banyak memang kegunaan lemon. Kalo rajin, peras lemon tiap pagi, dan minum airnya yang sudah dicampur dengan air suami. Itu bagus utk pencernaan.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.