Fokus ubah silibus yang ‘mengarut’
KEMENTERIAN Pendidikan di bawah menteri baharu, Fadhlina Sidek diminta mengkaji semula silibus pembelajaran di peringkat sekolah rendah yang susah, mengelirukan dan tidak sesuai berdasarkan umur.
Ya, saya faham silibus tidak boleh kerap ditukar kerana ini akan mengganggu proses pembelajaran. Namun sebagai ibu bapa, saya kesian melihat anak-anak ini hilang fokus dan tidak berminat untuk belajar. Mungkin pihak kementerian boleh lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah silibus yang ‘mengarut.’
Kesianlah anak-anak terutama di tahun satu yang seperti tertekan kerana secara tiba-tiba erpaksa berdepan soalan-soalan terlalu berat buat mereka.
Setahu saya sepanjang melalui zaman belajar, apabila berdepan silibus berkaitan soalan, pastinya perkataan siapa, di mana, apa, bila berada di bahagian depan soalan.
Bagaimanapun, ketika saya mengajar anak membuat kerja rumah bahasa Melayu tahun satu, perkataan berbentuk soalan diletakkan di bahagian belakang. Contohnya, ‘Majalah dibawa oleh siapa?’ atau ‘Sudut bacaan disediakan bila? Adakah dari sudut struktur ayat ini dikira betul?
Baru-baru ini, difahamkan sebahagian ibu bapa merayu Kementerian Pendidikan mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah dimansuhkan tahun lalu kerana mereka kini resah dengan prestasi pelajaran anak-anak.
Saya berbeza pendapat dalam hal ini, memandangkan masih ramai lagi murid-murid yang ketinggalan dalam mata pelajaran disebabkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) gagal dilaksanakan dengan baik.
Benar, ada guru yang bagus mewujudkan komunikasi dua hala tetapi ada pula guru yang mengajar sekadar 10 minit dan menyerahkan kerja rumah sehingga menyebabkan pelajar gagal memahami sesuatu subjek dengan baik sekali gus tercicir dalam pendidikan.
Apabila sekolah dibuka semula, lain pula cabaran dihadapi pelajar ekoran guru lebih ‘sibuk’ dengan telefon bimbit ketika di dalam kelas. Ini diceritakan sendiri oleh anak saya apabila ditanya mengapa tidak bertanyakan kepada guru jika tidak memahami arahan soalan.
Bagi saya, bukan sahaja silibus perlu ditukar tetapi sistem pendidikan negara perlukan reformasi menyeluruh.
13 Comments
Kasihan budak-budak sekarang.
ReplyDeleteKesiannya ..Cuya pon ada anak buah, entah mcm manala pembelajaran diorang
ReplyDeleteAda benar pendapat cikgu....
ReplyDeletesaya setuju 100% dgn apa yg Abam Kie tulis ni. Rasanya silibus zaman kita dulu ok je, boleh je melahirkan golongan profesional yg mahir.
ReplyDeletebetul Abam Kie. Kesian sgt dengan budak2 sekarang belajar silibus berat sgt,
ReplyDeleteBetul Abam Kie. kesian dengan budak2 sekarang silibus agak berat.
ReplyDeletesetuju...biarlah silibus sesuai dgn tahap pemikiran budak-budak...enjoy je belajar..
ReplyDeleteNaah setujuuu. Karena di sekolah anak saya pun ada guru macam nih. Masuk kelas hanya sebentar, lalu murid disuruh baca sendiri bukunya, dan kerjakan soal. Dia sendiri langsung keluar ntah kemana.
ReplyDeleteApalagi saat pandemi lalu , pembelajaran sekolah semuanya online selama 1.5 tahun. Banyak guru-guru yang hanya memberi tugas, dan berharap parents lah yang menjelaskan materi pelajaran đŸ˜–. Tak suka saya guru macam nih
Cikgu zaman sekarang hadapi cabaran berat dalam PdPR berbanding dulu...anak murid juga terdedah dengan stress jika tidak ditangani dengan bijak
ReplyDeleteBerat cabaran guru nak memandaikan murid2nya
ReplyDeletedarjah 1 masih ada murid yang msih blm boleh membaca..tgk soalan ujian..mcm darjah 6 punya soalan..huhu
ReplyDeleteBetul Abam Kie, sebagai emak yang kena bantu anak buat kerja sekolah ni terasa rumitnya silibus sekarang
ReplyDeletesetuju sgt..silibus sekarang ni membebankan and setuju jugak kalau exam2 mcm upsr & pt3 tu dikembalikan so..byk step utk penilaian anak2
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.