Based on my recent experience handling my father.

Saya letak sini untuk future reference dan bantu korang prepare juga.🧵

 Sewaktu Parent Sakit - Nazak : 
 
1. Tanya khairat kematian daftar mana 
2. Nak tanam kat mana 
3. Kubur nak macam mana 
4. Minta ayah/ibu maafkan anak-anak, ajak adik beradik balik 
5. Bantu ucap syahadah
 
Lepas Meninggal 
 
1. Kalau meninggal kat rumah, buat report panggil polis, kalau meninggal kat hospital, Dr jadi saksi. 2.Hebahkan kepada keluarga belah suami, isteri, kawan FB, minta cuti kepada boss
3. Panggil orang untuk uruskan jenazah ikut khairat kematian. Anak lelaki bantu mandikan jenazah ayah. Kucup jenazah, jgn kena airmata, pakaikan kain ihram. 
4. Buat solat jenazah, anak lelaki imamkan 
5. Gali kubur, perempuan jangan masuk, elak binaan atas kubur
 
6. Buat tahlil dirumah atau masjid 3/7/40hari/setahun jika mampu. Elak bagi org lain handle, parent's or kita sendiri handle. Sedekah makan pada jemaah niat untuk parent. 
7. Isteri dlm iddah, jgn berhias, jgn pakai warna menonjol, elak keluar rumah selama 4 bulan 10 hari kecuali perlu
8. Duit dari akaun bank keluarkan sebelum freeze
9. Daftar kematian kat pejabat pendaftaran negara, dia akan potong IC, buat surat mati 
10. Check hutang ayah/ibu dengan sedara atau rakan 
 
11. Businessman, tengok dengan supplier, settle sewaan 
12. Kwsp, zakat, pergi unit wang tak dituntut (7 tahun) 
13. Check wasiat, hibah, uruskan harta kalau perlu faraid 
14. Untuk businessowner, update ssm 
15. Check dengan clients/vendors/supplier kalau ada hutang. 
 
16. Tanya bank kalau ada hutang
17. Kalau ayah meninggal, sedara lelaki pakcik, atok & sedara bantu bagi makan minum pada ahli keluarga kita selama 3 hari 
18. Santuni rakan parent 
19. Buat haji badal
20. Take care of yourself while taking care of others. Waktu parent kita meninggal, dari segi psychology, memang berat untuk emosi seorang anak. Tak salah menangis, cuma jangan merantapi. Bantu sesama adik-beradik untuk urus emosi.
 
Jaga diri, cuba sehabis baik untuk kekal tenang dan elak buat keputusan terburu-buru. Take care. Moga Allah beri our parents husnulkhotimah. P/s: kalau ada salah, mohon betulkan. Nak tambah info pun boleh. Kita sama-sama belajar.
 
Updates:
 
Tq yg sudi betulkan my knowledge 
 
1. Kucup kena airmata - I ikut nasihat makcik je. Kita rujuk ustazah semula tau 
2. Iddah 4 bulan 10 hari - maaf yg ni saya typo. 
3. Elok keluar duit dulu sblm report polis. 
4. Khairat kematian claim dgn surat kematian & surat beranak
 
Kalau ada lagi yang nak dibetulkan komen lah ya. I takut I terlepas kalau korang quote. Nanti boleh I recheck dengan my ustazah & share to my siblings so that when it's Ibu's time, we're ready. Tq juga pada yg menegur dengan sopan & berhikmah. I respect empati & adab korang