Sambutan Hari Raya Puasa Enam Syawal
Assalamualaikum. Cuti sekolah dan cuti raya beserta cuti umum yang panjang pada akhir April sehingga awal Mei tempohari memberi peluang kepada Abam Kie untuk menyempurnakan ibadah puasa sunat enam Syawal. Dikala orang lain seronok menghadiri rumah terbuka dan kenduri kahwin, Abam Kie istiqamah untuk berpuasa sunat Syawal. Sengaja Abam Kie berpuasa pada hari cuti sekolah, cuti hujung minggu dan cuti umum kerana nak berehat sepuas2nya di rumah. Iyolah kan, jika bekerja semasa sedang berpuasa memang letih dan mengantuk la di sekolah. Nak mengajar pun kurang bersemangat. Semasa Ramadhan lepas balik aje dari sekolah, abam kie pasti akan tidur sekejap untuk qadha tidur yang tak cukup tu. Jika x tidur sekejap, pasti tak larat nak pi tarawih pulak. Hmmm... begitulah ceritanya.
Alhamdulillah. Abe Kie cukup mengerjakan puasa sunat enam Syawal pada hari Khamis, 4 Mei 2023. Kebetulan hari tu cuti Hari Vesak. Berbuka dan bersahur pada puasa sunat ni tak semeriah mana. Cukuplah ada nasi dan air. Utk sahur pulak makan nasi sesenduk dengan telur mata kerbau campur kicap. Lagipun x de selera nak makan tapi kena telan juga.
Pada hari Jumaat, 5 Mei 2023 tu Abam Kie buat la sambutan sikit untuk merayakan kejayaan puasa sunat Syawal ni. Siap tempah nasi Arab sedulang untuk 6 orang makan. Biar pun anak2 x berapa suka menu ni, lantak la. Bukan mereka yang beli, kan? Nasi Arab ni kira mampu milik la. RM63. Tempah dengan orang di taman sebelah. Dalam 2 km je. Jika COD kena caj RM3. Jadi abe pi ambik sendiri. Tak berbaloi bayar RM3 untuk jarak sedekat itu.
Abam Kie cuma sejak 20 tahun lepas je buat puasa 6 ni. Maklumlah kesedaran tu baru muncul bila berkahwin. Ada hadis mengatakan pahala puasa 6 Syawal ni seperti kita berpuasa sepanjang tahun! Allahuakbar! Takbir! Bagi orang lelaki mudah la nak puasa sunat bila2 masa. Bagi kaum wanita tu kena tengok tarikh ABC plak. Betul kan? Pengalaman perit positif Covid 19 pd Ramadhan dua tahun lepas mengajar Abam Kie tentang keperitan nak menggantikan puasa yang hilang tu sebanyak 14 hari! Baru terasa susahnya isteri Abam Kie (gambar di atas) nak qada puasa Ramadhan dan puasa sunat 6 di bulan Syawal!
Jadi rakan2 blogger sudah menunaikan puasa sunat Syawal ke? Masih ada masa lagi kerana hari terakhir bulan Syawal jatuh pada 19 Mei 2023 bersamaan dengan tarikh lahir Abam Kie yang ke 50! Siapa tak wish x dapat duit raya tau! Hehehe.....
11 Comments
alhamdulillah saya pun dah raya puasa 6 hari ni..nampak sedap nasi arab dulang harga pun murah,boleh wish adv ke ni?
ReplyDeleteHappy birthday in advance abam kie,moga sentiasa sihat panjang umur,moga diberkati hidup abam kie bersama keluarga dunia akhirat
Alhamdulillah. Saya belum mula lagi ni Abe Kie huhu...
ReplyDeletealhamdulillah..selamat hari raya abe kie....
ReplyDeletesaya pun x mula lagi ni..tekak duk x sedap je ni, panas nak minum air jer selalu
alhamdulillah. sempat sehari je hari tu, lepas tu tak larat lain mcm. mungkin sebab raya mkn macam2. lepas tu mnyusu lagi, terus tak buat dah. masih ada baki syawal ni, kot larat nak puasa lagi
ReplyDeleteSudah juga. Itulah buat puasa sunat dan ganti itu banyak juga. Jadi tidak selesai 4 hari lagi.
ReplyDeleteSelamat harijadi akan datang Abam Kie. Boleh buat rumah terbuka hari terakhir Syawal. Hehe.
Alhamdulillah.... selamat hari raya
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat hari raya puasa 6, Abe Kie. Sedap nampak nasi arab tu. 😋
ReplyDeleteallhamdulillah,tahniah abg Kie dapat berpuasa enam...
ReplyDeleteselamat hari raya ^_^ syok tengok nasi arab tu. terliur
ReplyDeleteSelamat hari raya abam kie
ReplyDeleteAnd happy birthday to you
saya pun bila dah kertu ni bnyk qada dan puasa sunat..hehe
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.