Tumpang tanya..
 
Kenapa bila saya parking kereta dlm keadaan membukit dan bila saya nak masuk gear dari P ke R atau D terasa ketat ketika hendak menarik tombol gear tu dan terasa tersentap waktu tarikan tombol gear tu ditarik..
 
Begini....
 
Apabila anda paking dalam keadaan menjunam semestinya anda akan tekan brake dulu,letak gear dlm position P dan lepaskan padel brake.Kekuatan handbrake adalah pada gearbox tidak pada handbrake yg sepatutnya ditarik dahulu.Kekuatan kereta tidak bergerak pada gearbox dan tidak pada handbrake..
Salah tu...
 
Kalau boleh ketika kereta berhenti dlm keadaan menjunam kedepan atau kebelakang tekan brake dulu.Tarik handbrake.Gear dlm keadaan N.Pastikan kereta tidak bergerak selepas tarik handbrake.Barulah anda letak gear dlm kedudukan P.
 
Dalam keadaan jalan jem pulak jangan biasakan gear dlm kedudukan D dan brake hanya dilepaskan apabila anda hendak bergerak.Ini akan menyebabkan gearbox dlm keadaan panas disebabkan geseran cluct kerana masih dlm keadaan bekerja.Ini jugak la punca2 gearbox cpt rosak.Geseran yg menyebabkn kepanasan berlaku.Biarlah gear dlm kedudukan N dan bila nak jalan barulah masuk ke D.Barulah gearbox tahan lama.Terpulang pada individu..Nak buat boleh taknak buat pun blh..Kereta memasing kan...Dah nama pun D,bersedia utk bekerja jer tinggal nk tekan minyak jer kn...Lagi 1...Jaga minyak gearbox tu...Jaga auto filter.Dah cukup time tukar.Waktu pagi pulak biarlah panaskan enjin dulu sekurang kurangnya 3/5 minit...
 
Lebih kurang macam manusia jugak la.
Bila kita bangun tido,dipaksa terus berlari.
Dah tentu terkejutkan..Itulah punca2 bila masuk gear tekan minyak kereta tak berjalan.Tunggu panas dulu baru boleh jalan.Cara penukaran gear pun tersentap.
Semuanya datang dari cara kita menjaga dan memandu.Semoga bermanfaat pada semua..