Sewaktu bersedekah/infaq/wakaf tunai, adalah baik jika kita berniat seperti di bawah ini:

1. Aku bersedekah kerana menjunjung perintah Allah dan Rasulullah s.a.w
2. Aku bersedekah kerana mengikut sunnah Rasulillah s.a.w - Rasulullah suka bersedekah
3. Aku bersedekah kerana mengharap redha Allah
4. Aku bersedekah supaya Allah menghilangkan sifat bakhil kedekut dalam diri ku
5. Aku bersedekah kerana menyenangkan & menggembirakan hati orang
6. Aku bersedekah kerana mensyukuri nikmat Allah kepadaku
7. Aku bersedekah supaya Allah menutup kecederaan hartaku/membersihkan hartaku
8. Aku bersedekah supaya Allah mengampuni dosa-dosaku
9. Aku bersedekah supaya Allah menolak bala yang akan menimpaku
10. Aku bersedekah supaya Allah selamatkan peribadiku (tiada dengki khianat orang)
11. Aku bersedekah agar menjadi perisai dari api neraka
12. Aku bersedekah supaya Allah sembuhkan penyakitku.

Jika kita tidak kesempatan masa, niatkan seperti ini, "Aku niat bersedekah/berwakaf seperti mana niat Imam Faqih Muqaddam" In Sya Allah

Setelah selesai bersedekah, infaq, solat, haji, dan lain-lain, ucapkan olehmu " Ya Allah tolong jaga, pelihara, simpan elok-elok pahalanya. JANGAN TERBATAL, TEMBUS, TIRIS, HILANG, In Sva Allah. Aamiin. Aamiin"

Amat penting | tuan/puan niat dan kata: "In Sya Allah aku nak amal" 

Dipetik dari KITAB MINHALUS SAWI & KH MUHAMMAD BAKHIT)