Hari ni saya nak share satu general knowledge yang masih ramai tak tahu.
 
Lately ni, banyak sangat account Telegram kawan2 kita yang kena HACK ❌
 
Secara ringkas ini cara mereka beroperasi 👇
 

Teknik yang mereka gunakan ini dinamakan sebagai Phishing.

 
 1. Mula2 mereka hantar mesej 'pancing' pada kita contohnya,
 
"Wei gambar kau tersebar dekat group ni http://melayunakalgroup.ur/telegram ".
 
Link tersebut boleh berubah2.

 


2. Kemudian anda akan disuruh untuk login ke Telegram semula.
 
JANGAN LOGIN ❌ kerana ini laman web palsu yang mereka tiru dari website sebenar Telegram.
  

3. Jika anda degil nak login juga, mereka akan minta masukkan code verification. JANGAN MASUKKAN CODE ❌

 
 
4. Jika proses verification berjaya, bermakna mereka telah pun berjaya mengakses akaun Telegram anda.
  

Segala informasi peribadi, hal-hal berkaitan kerja, gambar-gambar & video-video..
 
..yang anda hantar pada pasangan dan rakan sekerja akan dapat dilihat oleh mereka.
 
Dah tentu kita tak nak perkara seperti ini terjadi kepada kita bukan?
 
Jadi tolonglah hati2 & sentiasa berwaspada. Memang tak semua orang jahat, tapi yang jahat itu sentiasa wujud.
 
Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi kawan2! Bye...