8 perkara mustahak yang saya tidak tahu dan tidak faham ketika zaman remaja
1. Duit yang saya ada, berpotensi untuk susut nilai nya. Rm1000 hari ini tidak akan sama nilainya dengan Rm1000 di masa 10 tahun akan datang.
2. Dulu saya faham berjaya hanya pada kerjaya. Rupanya berjaya kena setiap penjuru hidup. Fizikal, mental, Spiritual dan finansial.
3. Selain dari bergantung pada KWSP dan skim pencen, saya juga boleh bina dana persaraan sendiri sebanyak mana yang saya mahukan.
4. Al Quran bukan sahaja wajib percaya. Paling penting kena baca, faham dan amalkan di dalam kehidupan.
5. Saya sangka ketika takde duit, saya kena kurangkan bajet makanan. Rupanya kena turunkan bajet perkara lain. Makanan kena sentiasa ada bajet supaya dapat makanan yang solid dan membantu fizikal dan mental berfungsi dengan baik.
6. Saya ingat belajar ni sampai sekolah dan universiti sahaja, rupanya kena terus belajar sehingga ke akhir hayat khusunya ilmu yang paling diperlukan sekarang. Contoh : kalau ada masalah duit, belajar ilmu buat duit zaman moden. Kalau jadi ketua kena belajar ilmu menjadi ketua.
7. Saya ingat nak mula berniaga kena ada duit modal. Rupanya saya boleh mula berniaga menggunakan modal insan iaitu diri sendiri dan kederat.
8. Saya ingat kena kawan dengan semua orang. Rupanya saya kena kenal dengan semua orang dan bergaul hanya dengan segelintir orang.
Adik-adik,
Menjadi remaja di zaman moden ini adalah zaman paling senang untuk menang kerana korang ada terlalu banyak akses terhadap ilmu dan maklumat.
Namun....sayang...
Kau masih sibuk main game beratus jam lamanya. Skroll media sosial. Lepak isap kaset beramai-ramai dan sugul di dalam bilik gelap.
Wake up brooo!
P.S. Foto di atas adalah semasa Abam Kie mengambil jurusan Pre-ESL di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya, 59100 Lembah Pantai. Batch kami dalam 52 orang gitu biar pun kuota untuk 60 orang pelajar Melayu dan Bumiputera Borneo. Selepas SPM daftar di UM dan kursus ini mengambil masa 2 tahun. Selepas tu masuk Fakulti Pendidikan dan ambil B.Ed. TESL selama 4 tahun pulak. Lama tu belajar di UM. Mujur dapat biasiswa KPM dan terus dapat posting sebaik sahaja habis final exam. See my level? Hehehe.....
20 Comments
Alhamdulillah...zaman dulu, belajar pandai2 masuk U, insya-Allah sekarang ini lah orang nya yang jadi KSU,Pengarah, Timbln Pengarah...zaman Linda masuk U, dah jadi perkara biasa, yang tak masuk U pulak orang perlekehkan...tapi, bab kurangkan bajet makan tu..memang dr zaman belajar linda tak setuju..hahaha, nmpk sgt kuat makan..biarlah takde benda2 yang ikot trend, janji ku ada duit nak makan apa2 je yang ku teringin..sampai sekrang, ajar anak2 mcm tu...kita pentingkan makan dulu, ada lebih baru buat benda lain...hihihi
ReplyDeletealhamdulillah... berjaya sampai ke menara gading... and semua pun betul..belajar x pernah habis kannn...
ReplyDeleteWahhh.. dahsyat level Abamkie ni. Sedih kadang tengok kehidupan remaja sekarang. Bila mereka nak sedar agaknya.
ReplyDeleteSy selalu tak dapat masuk blog Abamkie, kadang dapat masuk tapi ruang komen tak ada. Niari nasib baik agaknya, terus dapat masuk.
ReplyDeleteBetul lah cikgu, rupanya hidup ni lagi banyak cabaran bila kita dah semakin dewasa dan berkeluarga kan.
ReplyDeletebetul tu
ReplyDeletezaman remaja hanya fikir yg gembira seronok2 je
masa itu emas mungkin hanya bila dah berlalu baruu nak fikir mana emasnya
Hye abam kie. lama tak jengah blog abam kie. lepas baca entri abam kie ni, membuatkan saya juga muhasabah diri.
ReplyDeleteIni mesti selalu lepak kedai Pak Amjal ni....
ReplyDeleteSaya dulu belajar biasa² saja. Lambat panas. Habis tingkatan 5, dapat result yang saya sendiri tak menyangka. Saya fikir gagal saja. Minta U tak dapat, sambung sekolah ambil STPM. Lepas STPM baru dapat tawaran masuk U.
ReplyDeleteyou inspired me! setuju !! ilmu ni dibawa sampai bila-bila jadi manfaatkan ia dengan sebaik mungkin. plus anak-anak muda ni ialah future generations jadi mindset dan the way they view something tu bagi impak yang besar.
ReplyDeletemasa saya belajar dulu bab makan memang tak berkira sangat. kena kawal pembelian lain, nasib la saya ni bukan jenis suka shopping barang berjenama. pasar malam punya pun dah cukup puas hati
ReplyDeleteAda 4 orang je pelajar lelaki dalam gambar. Perempuan lebih ramai. 😊
ReplyDeletekeseluruhannya boleh dikatakan, reality kehidupan bukan lah seperti yang kita sering bayangkan. masa muda bygkan yg indah2 bila dh melaluinya baru tahu peritnya kehidupan kan
ReplyDeletesemakin kita matang, kite akan semakin tahu , kite akan lebih faham tentang keperluan, kepentingan (priority) dan kehendak..
ReplyDeleteterbaik cikgu bijak mengatasi masalah
ReplyDeleteTerima kasih kongsi semuanya AK. Memang benar.
ReplyDeletesaya juga faham banyak perkara bila sudah tua begini...banyak juga perkara yang disesalkan hehehe
ReplyDeletePoint no. 6, Pak Kie... Setuju sekali kalau yang namanya belajar itu memang sepanjang hayat dikandung badan, tidak hanya saat di sekolah atau di universitas.
ReplyDeleteSukses selalu Pak Kie.
Salam,
ada kaitan dgn no 7
ReplyDeletedulu sy igt berniaga tu sng je
ada modal ada barang boleh jual mcm tu je
sy terlupa berniaga mesti ada marketing
walaupun bisnes kecil kecilan
lagi satu berniaga ni bkn sbb nak kaya
tp nak selesaikan masalah org ramai
1991 saya sedang apa ya saat itu 😅. Abam kie ternyata sudah masuk U pula 👍.
ReplyDeleteBetul tuh, anak zaman skr mudah akses informasi dan apapun, seharusnya mereka akan mudah menaklukkan tantangan dalam hidup di zaman modern ini. Intinya, mau belajar lebih atau tak. Bisa adaptive atau tak. Nak disiplin atau tak..
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.