Ini merupakan kali kedua kad kredit Maybank digodam oleh penjahat atau hacker. Kejadian pertama pada awal 2018. Yang terkini berlaku awal Januari 2024. Tetiba pada satu pagi Abam Kie menerima notifikasi transaksi kad kredit berjumlah USD499.99 di platform Facebook. Entah apa kejadah perlunya Abam Kie berbelanja sebegitu besar di FB? Tambahan pula ia dilakukan pada awal pagi? Sedangkan Abam Kie ni pukul 11 mlm pun dah terlena!

Inilah bukti notifikasi yang diterima di app MAE. Terkejut sakan jadinya. Terus Abam Kie blok kad tu di app MAE. Kemudian abam kie telefon Pusat Khidmat Pelanggan Maybank pada tghari tu untuk melaporkan transaksi x sah ini. Staff di situ suruh abe kie download 'dispute form' dan isi dengan segera sebelum menghantar kepada mereka. Siap isi bagai terus abam kie emel ke Maybank HQ. Sementara itu pihak Maybank akan menghantar kad kredit baharu untuk menggantikan kad yang kena hacked tu. 

Jika tengok kat foto di atas tu kad kredit Mastercard Ikhwan telah ditutup. Tak sampai seminggu selepas laporan dibuat, kad kredit baharu telah sampai ke rumah Abam Kie.


Alhamdulillah. Setelah lapan hari amaun yang dirampok oleh hacker itu sudah dibersihkan dari akaun kad kredit abam kie. Terima kasih Maybank kerana telah menyelesaikan kes ini dalam masa yg singkat. Jika lama baru nak settled memang stress abam kie nak menjalani kehidupan seharian!

Kepada rakan2 yg mengalami masalah yang sama harap cepat2 buat laporan ke pihak bank agar tindakan yang sewajarnya akan dapat diambil. Jika kita dianiayai seperti kes Abam Kie ini, jangan cepat panik. Sila buat laporan kepada pihak2 berwajib. Sekian. Terima kasih...