Keluhan Golongan M40 Yang Dilabel T20
Belajar bagai nak rak,
masuk SBP dpt BKP rm25 sebulan sbb org susah,
masuk universiti jalan kaki dari dorm ke tingkat 5 kolej paling hujung jauhnya berkilometer sbb nak beli motor pun tak mampu apatah lagi nak beli kereta,
belajar siang malam masa study week sbb nak score 3 pointer and above kerana 4 flat itu terlalu kabur untuk budak kampung yang kena study buku rujukan orang putih;
dan bekerja bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah nasib keluarga dan diri sendiri… semata-mata untuk mengubah hidup dari kategori B40 terpaling bawah naik ke M40 dan T20..
baru nak selesa sikit ada rumah ada kereta; terus disepak masuk ke kumpulan T20 dan ditarik semua hak dan keistimewaan;
Dan bila anak-anaknya lahir;
Golongan T20 ini mendidik dan membesarkan anak2 mereka supaya mementingkan pendidikan, supaya belajar bersungguh-sungguh agar tidak tersungkur masuk ke kumpulan di mana mereka bermula; kerana hanya dengan ilmu, kesungguhan, usaha berterusan dan izin Allah shj yg dpt mengubah nasib seseorang;
Namun.. misi melahirkan bakal pemimpin negara tersekat di peringkat remaja; hanya kerana kedudukan ibu bapa sudah dikelaskan sebagai T20.
Segala pendidikan dan pembangunan insan yang dilakukan oleh golongan T20 yg bermula B40 ini mungkin terhenti bila hak2 anak mereka dinafikan; kerana “dosa” menjadi anak T20…
Dan ibu bapaknya pula terpaksa menangguhkan niat nak pegi haji kerana dulunya mampu,tapi sudah menjadi kurang mampu pada tahun ini. Kena tambah lagi simpanan.
2023 - 2024 yang menyakitkan.
Mungkin hidup sebagai B40 40 tahun lalu lebih membahagiakan berbanding kehidupan sekarang yang kononnya terlihat T20.
Lepas ni jangan ada yang berani perli; kerja kuat-kuat nak pergi Mekah balik hari ke? Kalau taknak kena pang sebijik, baik fikir dalam-dalam sebelum berkata-kata. Nak pergi Mekah dah macam nak pergi Marikh harganya.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, siapa dapat bayar installment, yuran sekolah, bil api, sewa premis, nafkah anak ibu bapa dan diri sendiri ON TIME, baru layak dipanggil T20.
Kesian kita.
16 Comments
Benar, sangat kasihan kita ni.
ReplyDeletenasib komuniti M40 pula macam anak tiri
ReplyDeleteyg dipertengahan duduklah mengharap.
ReplyDeletekesian juga pada yang T20..selalu aja dikecam dan dilabel macam2.
tp ada juga yang berada di M40 dan T20 mengutuk yang B40 kononnya meminta2 bantuan. Bukan meminta tapi pada ammi memang mereka ni tak cukup. bukan kata tak cukup nak menyimpan nak pakai buat belanja bulanan pun mmg tak cukup.
yang susah bertambah susah T__T
ReplyDeleteChaiyok Chaiyok... =)
ReplyDeleteGaji masuk je saya bayar on time semua bil dan perbelanjaan bulanan. Adakah saya golongan T20?😅
ReplyDeleteSaya hanyalah golongan B40 yang guna baki gaji untuk meneruskan kehidupan sehingga gaji berikutnya. Terasa sesak sungguh, lagi-lagi tengah bulan.
sama lah kita...yang penting utiliti dahulu...baru yg lain2
Deletesama laaa kiteeeee
DeletePerekonomian global memang tidak baik-baik saja...terlihat juga dari beras yang melambung tinggi . Semoga kita semua dikasih kelapangan rezeki utk bisa membiayai hidup sendiri, juga kluarga. Ada sedikit yg bisa ditabung, lebih bagus.
ReplyDeleteBenar...Ada M40 dan T20 kena berkorban gaji lambat atau takde gaji langsung untuk pastikan B40 gaji mereka dapat tiap bulan on time.
ReplyDeletekalau ikot gaji.. M40 kot...tp dok KL, PJJ lagi...tetap kena berjimat cermat...kikiki
ReplyDeletesetuju. yang susah bertambah susah, yang senang bertambah lagi senang ðŸ˜
ReplyDeletePeniaga2 di luar sana pun susah juga skrg ni
ReplyDeleteMakin lama makin susah gitu jer la jawapan ringkas nya ..
ReplyDeleteTak mudah ler sekarang ni, harga barang semua naik. Semoga kita semua tabahlah ye.
ReplyDeletebetul sgt. semuanya makin mahal kan sekarang ni
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.