Assalamualaikum. Korang tahu tak pasal bank digital yang ada kat Malaysia? Dua tahun yang lepas,  Bank Islam Malaysia Berhad dah lancarkan aplikasi Be U (Be You) kat Malaysia weyh! 

Bagi yang tak berapa familiar, aplikasi Be U ni adalah bank digital pertama kat Malaysia yang gunakan teknologi cloud yang berpangkalan kat Amazon Web Service (AWS).

Jap, apa fungsi aplikasi Be U ni?

Aplikasi Be U memudahkan urusan korang dari segi:

i. Boleh buat transaksi perbankan tanpa perlu pergi ke cawangan Bank Islam.

ii. Tawarkan akaun simpanan yang membenarkan baki sifar.

iii. Fungsi pindahan dana dan ciri Nest yang membantu pengguna menabung untuk matlamat tertentu.

iv. Menyediakan akses penyelesaian kewangan yang berpatutan dan mudah digunakan.

v. Penggunaan kad debit Visa.


Jadi, apa yang best pasal Be U ni?

Korang tahu tak? Dalam tempoh 12 bulan, ada banyak lagi benda yang korang boleh explore dalam apps ni macam:

i. Deposit bertempoh

ii. Pasaran gig

iii. Pengurusan kewangan peribadi

iv. Pembiayaan mikro

v. Takaful mikro dan banyak lagi. 

Kalau korang perasan, benda yang paling membantu bagi golongan muda dalam apps ni adalah pasaran gig. Hmm.. apps ni bukan setakat berfungsi untuk uruskan kewangan korang je, tapi dapat bantu korang yang memerlukan pekerjaan dan jugak duit tambahan tau!

So, apa kelebihan Be U?

Dengan adanya teknologi cloud ni, korang boleh rasa perbezaan dia dengan apps online lain sebab ketangkasan aplikasi tu sendiri yang menjadikan pengalaman perbankan peribadi lebih mesra pengguna sesuai dengan keperluan korang.

Lagipun apa korang nak risau, usaha ni sejajar dengan pelan strategik Bank Islam sebagai peneraju penyelesaian kewangan Syariah-ESG Bank Islam yang mengutamakan pelanggan berbanding produk tu sendiri.

Aplikasi Be U ni untuk siapa?

Katanya target utama pasaran Be U ni, untuk golongan muda yang baru bekerja dan celik digital. Selalunya golongan ni yang perlukan produk dan instrumen kewangan yang lebih kompleks.

Cuma terfikir jugak, agaknya apps ni pun boleh ke digunakan golongan muda yang duduk jauh dari kawasan bandar? Yelah, kalau mereka ni pun boleh guna Be U, mudah sikit kalau mereka nak berurusan, kan?

Sebabnya konsep Be U ni untuk bantu pelanggan memahami dan mengurus kewangan mereka dengan pantas dan baik. Sekurang-kurangnya, baik yang ada kat bandar atau kat luar bandar pun dapat nikmati kemudahan yang sama.

Andaikata korang rasa macam nak tahu lagi pasal Be U ni, korang boleh download aplikasi ni samada kat Google Play Store atau Apple App Store secara percuma. Selamat mencuba!

 



okalla