Duit Aku, Hidup Aku oleh Faiz Azmi
Assalamualaikum. Baru-baru ini Abam Kie membeli buku di atas kat Shopee. Sebelum tu selalu gak tengok Youtube Financial Faiz ni sebab banyak tips kewangan, perbankan dan pelaburan yang dia kongsikan kat situ.
SINOPSIS
Kalau anda kata anda tiada duit untuk makan, adakah anda satu-satunya orang yang bergaji RM1,200 ke RM1,500? Bagaimana dengan orang yang gaji RM5,000 pun akan kata dia tidak ada duit untuk makan? Gaji sampai RM10,000 atau RM20,000 pun akan rasa susah kalau anda tak buat perancangan kewangan yang betul.
Jadi, tolong belajar pengurusan kewangan peribadi. Paling ringkas, simpan 20% daripada gaji anda. Inilah antara ciri-ciri orang kaya, dia ‘bayar’ diri dia dulu sebelum dia beli benda lain.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita perlu persiapkan diri dengan pengurusan kewangan yang mantap. Justeru, bacalah buku ini untuk mendapatkan tip dan panduan yang praktikal dan amat berguna untuk kehidupan kita semua.
KANDUNGAN BUKU
Good Career Or High Income?, Tip Berjimat Cermat, Kenaikan Gaji Minimum Rakyat Malaysia, Hutang Negara: Apa Peranan Kita?, Peperangan Rusia VS Ukraine.
Pelaburan Yang Sesuai Di Malaysia, ASB VS Tabung Haji: Mana Satu Lebih Baik?, Mengapa Gaji Dipotong? Ini Yang Perlu Dilakukan, Di Manakah Tempat Yang Sesuai Untuk Melabur?, Covid-19 Telah Mempengaruhi Kita, Simpanan Adalah Tanggungjawab, Kuasa Sebagai Pengguna.
TENTANG PENULIS
Faiz Azmi ialah pengasas Financial Faiz, sebuah jenama yang memperjuangkan kepentingan pengurusan kewangan peribadi di kalangan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Faiz Azmi telah berkecimpung dalam industri hartanah, gadai janji, pembiayaan ASB, takaful, dan unit amanah dalam pelbagai kapasiti. Dia dapat menghadam dan memudahkan terma kewangan yang rumit yang membantunya berhubung dengan penontonnya. Beliau memperjuangkan celik kewangan di kalangan pengguna Malaysia dengan menonjolkan hak mereka melalui pemahaman yang lebih baik tentang kewangan peribadi mereka sendiri.
Selamat membaca ye kawan2!
7 Comments
Saya suka tentang ilmu kewangan. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteKalau gaji ciput tanggungan banyak, susah gak nak simpan 20% tu.
ReplyDeleteSuka tengok IG nya.
ReplyDeleteApa-apa pun, kena simpan dulu, untuk hari tua kita juga. Ikut mana kita mampu.
ReplyDeleteterima kasih cikgu...
ReplyDeletesaya tak penah tgk lagi kat YT FF ni tapi kat X ramai yg share sedutan drpd perkongsiannya...mmg menarik! tu pun ada yg pertikai... yg perlekeh x yah ckp laa... belum lg yg palatao... haihh... org kasi ilmu free pun nak ckp mcm2...
ReplyDeleteperkongsian yg menarik
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.