Mudahnya jadi cikgu sekolah
Jadi cikgu ni mudah.. ikut saja aturan dan peraturan biasa yang telah biasa itu. Hari ni dah gaji. Itulah berkat kesabaran kita. Org pencen dapat awal lagi..
1. Waktu datang sekolah ikut masa. Jangan lewat.. dan jangan kerap lewat. Kalau aturan sekolah tu kata.. datang sebelum 7.00 pagi maka sebelum 7.00 lagilah awak datang. Jangan awal sangat.. nyusahkan jaga.
2. Waktu balik pun macam tu. Pukul 2.30 petang baru boleh balik.. baliklah pada waktu itu dan selepasnya. Jangan rajin sangat sampai 7.00 malam masih terpacak kat situ.. macam tak ada rumahtangga.
3. Buku rekod mengajar.. ERPH dsb tulis dan hantar Tiap2 minggu bukannya Tiap2 bulan atau setahun sekali.. haru biru jadinya.
4. Kalau ada tugas2 tertentu laksanakan. Jangan passing2 kawan sahaja. Tak baik macam tu.. kufur nikmat.
5. Masuk kelas ikut jadual waktu sendiri bukan waktu orang punya. Jangan tunggu sampai orang lain call. Woiiiii mail.. tak masuk kelas ke? Budak2 hang melompat dah sampai kelas sebelah tau!!
6. Masuk kelas kira bilangan budak. Tulis berapa yang ada.. berapa yang hilang. Takut2 ada yang terbenam dalam toilet. Apa2 jadi cikgu tanggung..
7. Tengok susunan kerusi meja.. herot petot.. tungging langgang.. sampah bersepah. Kemaskan dulu. Memang kdg2 ada guru2 yg tak ambik pot. Dia masuk dan mengajar. Bab2 lain dia tak peduli. Harap2 itu bukan cikgu. Kalau cikgu.. bermakna cikgu belum cukup sempurna!!
8. Waktu masuk dan keluar kelas biar tertib. Ketua beri ucap.. Assalamualaikum Cikgu Ismail? Jawab salam tu. Jangan buat do no jer. Macam tu jugak time keluar kelas. Pastikan budak2 tu bangun. Yang tak bangun tu.. pergi dekat dia.. ikutlah nak buat gapodio!!
Oklah 8 tips mudah seharian di sekolah tau..👌👌
17 Comments
Bila kita suka & cinta keja kita, semuanya mudah... bila dah burn out & demotivated itu je yg jd susah dan x bersemangat.. selamat hari guru teacher
ReplyDeleteno 5 tu ...kdg cikgu terlebih limit...anak murid nak tegur takot...hihihihi...
ReplyDeleteselamat hari guru AK..ahniah berjaya menjadi guru..kalau linda, tak tahu lah..kesabaran tak tinggi
Happy teachers day abam kie =)
ReplyDeleteSelamat Hari Guru buat Abam Kie, saya tahu benar, jadi guru ni tak mudah langsung! Guru adalah insan hebat!
ReplyDeleteselamat hari guru.. Alhamdulillah cikgu2 ldy dulu semua ikut peraturan ni.. :D
ReplyDeleteTak semudah yang disangkakan
ReplyDeletePernah dulu jadi guru sandaran di beberapa buah sekolah lepas tamat STPM.. Hihi.
ReplyDeletesebab tu sy nakkkkk sgt jd cikgu. tapi rezeki ditakdirkan di cabang yg lain. pengalaman jd cikgu ganti selama 8 bln dulu mmg best!
ReplyDeletesemua tu bukan mudah kan..hehe..selamat hari guru abam kie
ReplyDeleteSelamat hari guru, Abe Kie! Semoga terus bersemangat mendidik anak bangsa. Anak kedua saya, saya baru check, tidak berjaya mendapat panggilan temuduga UPSI untuk diploma bahasa inggeris. Takde rejeki nak jadi cikgu English macam Abe Kie. Rezeki bidang lain kot, Insya-Allah. :)
ReplyDeleteselamat hari guru, cikguu !! jadi pendidik bukan lah kerja yang mudah. shoutout to all the pendidiks !! <3
ReplyDeleteDulu kita rasa hormat kepada guru kerana ketegasan seorang guru. Asbab rotan dan marah. Kini sudah berbeda, murid makin hilang adab dengan guru akhirnya surat saman ketemu dengan guru.
ReplyDeletelama xsinggah sini..laptop batu siap repair..:)
ReplyDeleteselamat hari guru abam kie
ReplyDeleteselamat hari guru abam kie
ReplyDeletesemua keja x mudah but kalau minat tu ada, in sya Allah keja susah mcm mana pun jadi mudah
ReplyDeleteMA sgt hargai & respek dgn semua cikgu2 ni...kerjaya yg sgt mencabar...
terima kasih cikgu!!!
Tip yang cukup menarik....boleh apply bagi seorang cikgu nie
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.