Pelamin anganku musnah
Masih lagi tidak terlewat untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya menggantikan aku
Pastinya oh hidupmu akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang walau kita pernah berkasihan
Assalamualaikum. Semua orang pernah merasai pengalaman jatuh cinta kali pertama. Dan ramai juga yang mengalami putus cinta pada cinta pertama itu. Kali ini Abam Kie ingin berkongsi kisah jatuh cinta dan kegagalan percintaan tersebut. Teruskan membaca ye...
Sekitar awal 1999 semasa Abam Kie mengajar di Papar, Sabah, waktu lapang Abam Kie selepas sekolah sering dihabiskan dengan melayari internet. Masa tu guna dial-up lagi untuk menyambung ke talian TMNet atau Jaring. Aktiviti online pada masa tu ialah MIRC, ICQ, MSN dan Yahoo Messenger, emel dan melayari internet. Tak ada lagi online shopping dan perbankan internet bagai. Life was so simple then.
Pada suatu hari Abam Kie menerima satu kiriman emel dari seorang siswi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Dia kata nak berkenalan dengan Abam Kie. Lalu Abe Kie tanya dari mana dia dapat emel Abe Kie. Dia kata dari laman web www.amboi.net. Pada zaman tu DJ Isma Halil Hamzah sangat popular di Radio Muzik dengan taglinenya AmboidotNet. Abam Kie pernah menghantar artikel ke website amboi.net mengisahkan pengalaman ketiadaan air semasa belajar di SM Sains Machang dlm tahun 80an dahulu. Dari situlah siswi ini mendapat alamat emel dan terus menghubungi Abe Kie. Baik kita panggil siswi ini dengan nama 'Su'.
Sejak dari hari itu kami saling berutus emel. Abe Kie memang la ada PC kat rumah. Dia pulak kena guna PC kat makmal komputer. Masa tu x ramai pelajar yang memiliki laptop. Dari kawan biasa jadi kawan luar biasa gitu! Akhirnya pada cuti sekolah akhir tahun 1999 Abe Kie memberanikan diri untuk berjumpa dengan dia. Rasanya masa tu Abam Kie singgah beberapa hari di rumah akak di AU3 Ampang Hulu Klang sebelum meneruskan penerbangan ke Kota Bharu. Kira first blind date lah. Hehehe. Abam Kie pergi menjemput Su di asrama Pantai Puri. Pas tu kami naik teksi menuju ke Jaya Supermarket Seksyen 14, PJ. Kami jalan2 kat dalam Jaya tu sekejap sebelum abang Su dan kakak iparnya sampai. Kira dating Islamik la ni. Abang dia kerja polis dan bekerja di Bukit Aman. Kemudian kami dinner kat food court Seksyen 14 tu. Agaknya ada lagi ke tempat tu? Usai makan kami berpecah. Abam Kie dan Su pi solat Maghrib di Masjid Seksyen 14 tu. Rasanya abang dan kakak ipar Su pergi solat di tempat lain. Selepas selesai solat kami pun pulang.
Bila sampai di kampung Abam Kie pun pergi ke rumah Su di Tanah Merah. Naik motor je. Ada dekt 25km juga dari kampung Abam Kie di Machang tu. Dapat la kenal dengan keluarga dia. Adik beradik dia ada 11 orang. Ramainya! Su ni anak no 3.
Percintaan dengan Su berterusan sehingga akhir tahun 2000. Pada cuti sekolah akhir tahun tu rombongan ahli keluarga Abam Kie pergi merisik Su. Kira pi hantar cincin tanda lah. Segalanya nampak akan berjalan dengan lancar. Namun ku panas ke petang rupanya hujan di tengah hari. Pada awal tahun 2001 tetiba Su menelefon Abam Kie dan menyatakan hasrat untuk berpisah tanpa memberikan alasan yang munasabah. Terkejut sangat dengan tindakannya itu. Sampai tak boleh tidur sampai ke pagi. Entah la. Hati dan perasaan orang tak boleh dipaksa. Mungkin dia sudah jumpa lelaki yang lebih baik kat kampus tu.
Selepas putus dengan Mek Su Abam Kie secara perlahan-lahan sudah boleh melupakannya. Abang dia jadi friend Abam Kie di FB. Tapi dia x tahu yang kami pernah makan sekali kat food court Seksyen 14, PJ tu! Dan Abam Kie pun x bagitahu dia. Hmm... bekas pelajar Abam Kie pulak kahwin dengan adik lelaki Mek Su ni. Tapi Abam Kie tak bagitahu kat bekas pelajar ini yang Abam Kie pernah bercinta dengan kakak iparnya biarpun kami menjadi friend di FB. What a small world! Biarlah rahsia bak kata Datuk Siti Nurhaliza.
Kini Abam Kie sudah berbahagia dengan isteri dan anak2. Pernah gak skodeng FB Mek Su ni tapi X pernah request jadi kawan dia. Usah ditambah bara yang tersimpan gitew bak kata Kak Lina Pom Pom! Hehehe....
Demkianlah kisah CINTA YANG TERHUMBAN nyanyian Syed Sobrie (1985)
15 Comments
Berkait-kait kisahnya dengan lagu yer. Pernah juga melayan chatting di mirc, yahoo ni dulu-dulu.
ReplyDeleteFuhhh... menarik kisah cinta teacher dr amboi.net ni... zaman 1999 tu mmg zaman kegemilangan internet, cc bagai... zaman kegemilangan IRC jugak... ms tahun ni sy habis spm mmg keja OT je la malam² di irc.. haha... sampai masuk matrix masih lg setia di CC... nk ceta zaman cinta siber ni seronok jugak.. ada yg masih kawan sampai skrg.. ada yg lost contact dh
ReplyDeleteBoleh tulis buat drama ni AK, selit dgn kisah kehidupan lain mesti best.
ReplyDeletehaha terbaik abam kie. menarik kisahnya. perhubungan yang panjang sehingga sempat merisik. kalau umur2 saya ni, cinta pandang pertama jenis couple2 gituh. entah yang mana satu terpaling cinta pandang pertama saya pun tak tahu >.< sebab semuanya sekejap2. saya anggap perkahwinan saya yang berjaya ini adalah cinta pandang pertama kerana saya tak pernah merasa kasih dan sayang seumpama ini waktu dulu.
ReplyDeletehari2 saya rasa saya seperti baru bercinta dengannya. cuma ralat kenapa "aku lambat jumpa dia" HAHAHA. tp kalau saya jumpa dia dulu, mungkin saya pun tak hendakkan dia. dengan kurus kering nya, dengan kaki lepaknya, dengan rambut mohawk nya HAHAHAAH seram nak dibayangkan abam kie ! HAHAHAHH tersenyum saya mengenang gambar dia dulu2
wah...memang pelamin angan ku musnah sungguh kannn
ReplyDeleteoo...pihak sekolah dpt keputusan awal yer..
waduhhhh
ReplyDeletesaya membayangkan perasaan cikgu masa mek su minta pisah tu
waduhhhh mesti sakit kan?
tapi tu laa mmg betul jodoh tu rahsia Allah
yg berkahwin pun boleh berpisah apatah lg baru ada ikatan pertunangan...
mmg aktiviti online pada masa tu MIRC, ICQ, MSN dan Yahoo Messenger, emel dan melayari internet.. blm ada lagi online shopping hehehe
ReplyDeletelinda pula, sampai sekarang tak tahu mana hala ex kita tu...memang tak nak amik tahu pun..
ReplyDeletealhamdulillah dengan apa yang kita miliki sekarang
baca entri nie, terus teringat adik bongsu Linda, bak kata dia " masih lagi menjaga jodoh orang" .. hahaha, sebab asyik lah berkawan, putus, ex nya kawen dengan orang lain...
Saya pun suka lagu Cinta yang Terhumban, Syed Sobrie tu.
ReplyDeleteMemang bercinta dulu, nak dial-up ke Jaring atau tmnet, bunyi punyalah lama, saya kadang tak dapat nak connect.
Tak kesampaian ye Abe Kie, cinta pertama, pasti ada hikmah disebaliknya.
Lain kali jangan angan-angan.... hehehe
ReplyDeleteKalau tak ada benda baik, tak salah pun tak add dia. haha
ReplyDeleteyang lama usah dikenang abang kie... yang ada ni setia ke hujung nyawa.. buangkan deletekan sahaja dia dalam ingatan.. lepas tu emptykan die..
ReplyDeleteaduhai....boleh dikatakan kita serupa la ni abam kie..SA sendiri 3 kali tunang putus...semua lelaki buat hal...tu yang main nikah je ngan ayah dania dulu...malas nak fikir...last2 berpisah jugak sebab jodoh x panjang dan x serasi...SA masih ingat kisah lama tapi dah delete la...malas nak ingat...
ReplyDeletePendek cerita bukan jodoh....hidup ini memang berjumpa dan berpisah itu perkara biasa
ReplyDeletefirst thing zaty baca title teringat lagu tu. dah boleh jadi drama dah ni huhuhuuu.. memang kena dengan lagunya. apa-apa pun move on tu paling penting.. setiap perpisahan ada makna kannn.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.