Perkara-Perkara Tentang Kereta Yang Kita Patut Tahu
*Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara-perkara penting ini. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.*
1. Minyak hitam – Mengikut paras had dan jenis minyak
2. Oil filter – Tukar semasa menukar minyak hitam
3. Spark plug – Tukar setiap 30,000 kilometer
4. Bateri – Tambah air setiap kali servis
5. Belting – Tukar setiap 80,000 kilometer. Tak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar
atau bocor. Jimat duit, jimat belanja. Kita kan orang susah
6. Clutch plate – Mengikut keadaan
7. Fuel filter – Tukar setiap 30,000 kilometer
8. Air filter – Tukar setiap 30,000 kilometer
9. Gear oil – Tukar setiap 20,000 kilometer
10. Brake fluid – Mengikut keadaan
11. Brake pad – Mengikut keadaan
12. Power steering fluid
13. Radiotr coolant – Tukar setiap 40,000 kilometer
14. Wiper – Tukar setiap 30,000 kilometer
15. Air conditioner – Servis filter dan suis dibuka 1/2
16. Tyre – Pam pada setiap bulan
17. Radio – Memastikan ditutup pada setiap enjin dimatikan
18. Radiator – Pastikan dibersih menggunakan air paip
19. Fan radiator + aircond – Pastikan kipas hidup bila temp 1/2
20. Lamp bulb – Periksa lampu setiap hujung minggu
21. Steering alignment – servis setiap 20,000 kilometer
22. Power window – Check setiap suis power window
23. Beli kereta mahal-mahal kalau membelok tak reti bagi signal, sila pergi meninggal
24. Angin spare tyre dan spanar buka tayar serta jack pastikan sentiasa ada
25. Kalau park kereta di tengah panas, pastikan lubang angin aircond itu menggunakan udara luar agar
haba panas dalam kereta mudah bebas
26. Untuk kereta-kereta injection, pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning sudah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkan begitu
27. Sentiasa rajin check fan belt dan pastikannya berada dalam keadaan baik
28. Untuk pengguna kereta auto, pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan.
Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak
29. Jangan main tambah minyak hitam jika enjin sudah mempunyai penyakit makan minyak hitam
30. Untuk enjin jenis yang guna kaburator, pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang menggunakan kaburator memang susah sikit nak hidupkan enjin. Nak senang hidupkan enjin, pump padel minyak sekali sahaja sebelum hidupkan enjin. Kebaikannya, starter motor tahan lama.
31. Enjin yang susah hiduplah punca starter cepat rosak
32. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk bengkel untuk servis, minta tolong abang-
abang pomen periksa kereta anda dari A to Z agar anda mudah tahu kalau ada masalah lain yang timbul atau perlu ditukar.
pelan2 baca. Good info tu pasal kereta.
10 Comments
hehehe... ada suami.. semua suami yang fikirkan. minyak habis pun suami yg isikan
ReplyDeletePanduan yang sangat berguna terutama buat ladies driver / pemilik kereta yang baru dapat lesen.
ReplyDeletedlm proses belajar lagi, banyak nak kena amik tau ni
ReplyDeletebanyak nya panduan...tapi, linda igt yg penting2 je...cuma kalau ada yang luar biasa, terus call emergency line kita lah aka incikSuami... hahaha
ReplyDeleteorg pompuan mmg guna kuasa org lelaki je lah bila masuk bab kereta hehe
ReplyDeleteBila arwah ayah meninggal, boleh kata pandai je jaga kereta. Tukar tayar dll. Bila dah kawin, pass baton ke suami lah haha.
ReplyDeletehuhu.. ldy dlu sebelum kawin mmg mcm2 mslh kereta.. sb x pandai guna.. minyak pun xpandai nak isi :P.. cuma sentiasa pergi srvis ikut jadual yg tertulis sahaja..
ReplyDeleteada kereta mesti tahu tentang kereta kan
ReplyDeleteBanyak yang kita tak tahu
ReplyDeleteMain percaya kat pomen aje
jujur ckp sy mmg x arif bab2 kereta ni. tp sy pastikan bla tiba ms utk buat service sy akn buat. sy ikut nasihat SA. alhamdulillah kereta dah berusia 14 thn n masih baik lg
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.