Assalamualaikum. Pada hari Isnin serentak dengan pengeluaran keputusan SPM 2023 ini, Abam Kie ingin berkongsi maklumat tentang satu buah buku dakwah yang dibeli di Shopee bulan lepas. Setakat ni belum mula baca lagi tapi InsyaAllah pada cuti sekolah ini Abam Kie akan menghabiskannya.

SINOPSIS

Baiknya Allah kepada kita. walau kita ini sering melakukan dosa padaNya. Dia masih memberi pelbagai rahmat kepada kita, iaitu:

1. Allah masih menutup aib kita.

2. Allah tidak mengazab kita secara langsung ketika kita sedang bermaksiat.

3. Allah masih memberi kita rezeki.

4. Allah masih beri kita peluang dan kesempatan untuk bertaubat lagi.

5. Bahkan, Allah sangat gembira apabila kita bertaubat padaNya.

6. Allah juga beri kita ganjaran pahala yang cukup besar andai kita bertaubat dan kembali pada Dia.

Kadang, kita tertanya-tanya, kenapa KESEDIHAN dan MASALAH hidup kita tidak hilang? Dan kenapa hati kita masih lagi sakit dan belum SEMBUH?

Mungkin, kerana kita belum berhijrah pada Allah.

Kerana, ketika telah menumpuk dosa seorang hamba, namun dia tidak punya amal kebaikan untuk menghapusnya, maka Allah akan berikan ujian kepadanya dengan kesedihan untuk menghapuskan dosanya.

HIJRAH, adalah solusi sebenar bagi mereka yang ingin SEMBUH.

Terimalah. “TUHAN, AKU INGIN HIRAH”, sebuah buku yang sarat dengan pesanan dan panduan bagi mereka yang ingin mulakan langkah untuk kembali pada Sang Maha Penerima Taubat.