Nasihat kepada rakan guru
UNPOPULAR OPINION: HARI GURU EDITION
1. Kerjaya cikgu bukanlah satu-satunya kerjaya yang mulia. Semua kerja yang baik dan memberikan manfaat kepada orang lain adalah mulia. Hatta kalau tak ada tukang sapu, kotor dunia kita, kelas kita, masjid kita. Nak mengajar tak boleh, nak semayang tak selesa. Apapun kerja yang bagi manfaat kat orang adalah mulia.
2. Macam mana kita suruh anak murid kita belajar, maka kita pun WAJIB belajar sekali. Jangan rasa dah makan gaji jadi cikgu, dah malas nak belajar ilmu baru. Especially ilmu baru tentang digital. Gaji mahal, tapi nak save word jadi pdf tak reti, nak isi google form tak reti. Kena sentiasa belajar. Wajib. Albert Einstein kata "Bila kita berhenti belajar, maka kita telah mula untuk mati".
3. Core business kita adalah ajar budak. Selagi mana kita ambik gaji yang dibayar oleh KPM, maka core business kita adalah kemenjadian murid. Segala side income tepi, buat business ke, jadi penceramah bebas ke, insurans ke dan sebagainya bukanlah tugas utama kita. Kalau rasa income tepi lagi untung dari jadi cikgu dan tak mampu bagi fokus dengan kerja sebagai cikgu, letak jawatan. Jangan zalimi anak murid kita.
4. Tak perlu melatah atau butthurt atau sakit hati kalau ada sekelumit umat manusia yang mengkritik atau mengutuk atau mengusik kerjaya guru. Tak perlu rasa terpaling victim. Kita berdiri atas kapasiti kita sendiri. Kita buat je kerja kita. Bukan dia bayar gaji kita. Nak kisah buat apa? Lagi kita balas, lagi orang menyampah dan sepelekan kerjaya cikgu ni.
5. Kalau dah jadi pentadbir, jangan rasa "Dunia ini ana yang punya". Jangan pijak orang bawah. Jangan. Jawatan pentadbir tu pinjaman je. Kalau orang bawah bagi cadangan, pandangan, nasihat, dengar dulu. Bincang kemudian timbang. Jangan tolak mentah-mentah. Hanya kerana awak pentadbir tak bermakna awak tau semua. Hargai anak buah dan bakat yang mereka ada. Ketua yang hanya dengar kata yang mengampu, dan pekak dengan kata yang menegur takkan berjaya.
6. Untuk sekolah rendah, cikgu-cikgu usahlah terperangkap dengan naratif UPSR lagi. KPM sedaya upaya buat macam-macam untuk cungkil bakat murid dari sekolah rendah. Nak hasilkan well rounded individual / modal insan seimbang. Macam-macam aktiviti ko-akademik dan kokurikulum yang dibuat. Tapi banyak sekolah yang masih lagi tersekat dengan idea UPSR. Sekarang ni UASA tu dibuat macam UPSR. Lepas tu ada jugak sekolah yang nak jugak buat exam tengah tahun. Kalau ikut KPM, tak boleh. Tapi tu lah, degil. Masih lagi terperangkap dengan naratif UPSR.
7. Jangan sombong. Kadang cikgu-cikgu tak tau pun nama tukang sapu sekolah. Megah sangat jadi cikgu tu. Selisih lalu tepi tukang sapu sekolah buat tak nampak je. Tapi kalau PPD / JPN datang, sembah macam raja. Hidang nasi berlauk siap. Santunilah semua orang sebaiknya. Nak tengok peribadi seorang tu bagus ke tak, tengok macam mana dia layan orang di 'bawah' dia. Bukan tengok cara dia layan orang di 'atas' dia.
8. Kita manusia. Kita buat salah jugak. Kadang cakap atau perilaku kita kasar dengan budak. Kadang masuk kelas lambat, keluar awal. Mintak maaf dan mintak halal dengan anak murid kita. Jangan kita je nak anak murid mintak maaf dengan kita. Kemon. Konfem, 100% konfem kita ada salah dengan anak murid kita. Jadi jangan kita rasa kita cikgu, kita tak boleh mintak maaf dengan anak murid kita. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya.
9. PISA dan TIMSS kita jatuh teruk. Teruk sangat. Dah sampai masanya kita fokus kepada benda penting kat sekolah. Tak payah benda mengarut-mengarut. Pah ceroh majlis pelancaran, pah ceroh gimik, pah ceroh berucap berjam-jam. Kita suka sangat kosmetik-kosmetik ni. Yang berucap lama-lama tu budak bukan dengar. Benda ni semua tak menyumbang pun kepada kemenjadian murid. Patutnya kita tekankan pengisian program tu. Tapi cikgu kita ni brehi lagi bab majlis pelancaran, gimik-gimik mengarut ni. Sebulan sampai 4 jenis majlis pelancaran, 4 kali gimik, 4 kali hias pentas. Buang masa. Pengisian tak berkesan pun, tak bermakna pun. Pah ceroh nyanyi, melukis, mewarna.
10. Kita buat kerja kita baik-baik. Walaupun pentadbir tak pandang, atau PPD JPN tak pandang, atau kawan-kawan sekerja tak pandang, siap kutuk lagi. Pedulikan. Kita buat kerja ikut job scope kita baik-baik dan ikhlas. Allah balas nanti. Mengejar redha manusia ni adalah kerja paling susah dan sia-sia.
Selamat Hari Guru untuk semua cikgu. Cikgu tadika, cikgu sekolah, cikgu sekolah memandu, cikgu masak memasak. Semualah. Asalkan kita pernah sampaikan ilmu, kita semua adalah cikgu.
Macam biasa, aku haramkan budak-budak aku bagi apa-apa hadiah. Tapi dorang cari loophole dan dorang jumpa. Jadi dorang bagi aku kad. Dorang cakap "Sir tak cakap pun tak boleh bagi kad". Aku pun terdiam kejap. Bijak permainan dorang.
-COPY AND PASTE-
11 Comments
Point no. 3 tu paling bagus - kadang2 rasa geram bila anak bagitau cikgu kelas merangkap cikgu subjek BM selalu takde sbb kena jadi cikgu pengiring pasukan bola sepak. Harap2 MSSM pertimbangkan la klu nak buat sebarang tournament sekolah, mintak sekolah cari jurulatih yg bukan cikgu atau pastikan buat hujung minggu je. Letih hadap alasan cikgu takde smp seminggu sbb jadi cikgu pengiring pasukan bola sepak sekolah.
ReplyDeletesekali cikgu selamanya cikgu. Nasihat yang berguna untuk semua orang. Terima kasih Cikgu.
ReplyDeletehappy belated teachers day..mesti abe ni cikgu yg disayangi...alhamdulillah, tu yg murid2 sayang tu kan...
ReplyDeletesetuju sgt tambah2 yg no 7 tu ...."jangan sombong" waima keja apa sekali pun, even bos pun..sbb ada yg lebih boss lagi kannn...and no point to be sombong....sbb hidup ni umpana roda....kejab kat atas, sedar x sedar nanti..dah kat bawah pula... tak rugi pun kalau be humble... kannn....:-)
Terima kasih atas perkongsian nasihat, semuanya makan dalam tapi hakikatnya banyak kebenaran.Kerjaya guru adalah amanah mendidik, yang bukan setakat dalam kelas, di luar kelas juga proses mendidik tetap berjalan.semoga ALLAH merahmati semua rakan guru kita, di mana sahaja berkhidmat.aamin
ReplyDeletekerjaya apapun amanah menggalasnya penuh tanggungjawab
ReplyDeleteTerima kaish share Abe Kie ! Seronok membaca pandangan mengenai kerjaya seorang guruu nii. Tak dinafikan, dengan bebanan kerja yang pelbagai buat diri ini rasa burntout. Hehehe tapi memikirkan anak-anak yang comel di sekolah tuu terus bersemangat. Semoga kita rakan pendidik sentiasa beristiqamah dalam mendidik anak bangsa. Suka point ketujuh tuuu. Saya suka tegurrrr semua oranggg dalam sekolah tambah2 pakcik kebun & cleaner sekolah ;)
ReplyDeleteSelamat Hari Guru Abe Kieeee !
Kerjaya guru sekarang tak sama dulu. Lebih mencabar dan lebih kerjanya. Moga dipermudah kan semua urusan cikgu2.
ReplyDeleteFuh! Bergaya macam nak bercuti!
ReplyDeletePerkongsian yg bagus.. suka dgn perkataan "kemenjadian murid" tu.. Apa pun pekerjaan side income bukan kerjaya utama.. maka kena fokus pada lerja hakiki selagi mana amanah itu dipegang..
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletesetuju sangat dgn no 7 tu. even dgn mak bapa pun jgn laa sombong walaupun mereka hanya petani kampung sahaja... sombong tak bawa kita ke mana-mana pun...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.