Cabaran Industri Perhotelan Hari Ini
1. Orang nampak hotel besar, mewah dan gah, sudah pastilah orang kata hotel untung besar.
3. Zaman dulu ya hotel boleh untung besar kerana tidak banyak persaingan dan kurangnya teknologi.
4. Zaman sekarang hotel bersepah dan sudah pasti akan ada persaingan harga.
5. Ditambah pula dengan teknologi yang bermacam2, lagilah memberi cabaran yang besar kepada pengusaha hotel.
6. Kehadiran pelbagai aplikasi yang menawarkan pelbagai jenis kemudahan tempat tinggal, termasuklah inap desa, air bnb dan sebagainya, sudah tentu memberi cabaran kepada hotel.
7. Melalui kadar sewa bilik, hotel tidak buat untung yang besar. Yang boleh mendatangkan untung yang baik adalah melalui majlis, seminar atau acara2 yang diadakan di hotel. Juga melalui penjualan makanan dan minuman.
8. Sekarang hotel nak jual makanan pun susah, kerana rata2 tetamu pesan melalui grab. Waktu sarapan memanglah penuh, sebab telah termasuk dalam harga bilik.
9. Memang hotel tidak cukup pekerja pada masa ini dan menyebabkan proses mengemas bilik memakan waktu. Itu salah satu sebab yang menjadikan proses daftar masuk lewat dan daftar keluar diawalkan.
10. Hotel yang baik, memerlukan masa yang panjang bagi melakukan pembersihan. Kerana mereka perlu menyerahkan bilik dalam keadaan yang baik dan benar2 bersih kepada tetamu yang bakal masuk.
11. Mereka perlu bersihkan, sebersih-bersihnya dan perlu nyah segala bau yang ditinggalkan tetamu yang telah keluar. Selepas kemas, ada penyelia pula akan datang periksa sekali lagi. Untuk memastikan tetamu baru mendapat bilik yang selesa.
12. Hotel nak tambah pekerja pun kena fikir beberapa kali. Kerana bisnes hidup dengan baik waktu musim cuti dan hujung minggu sahaja.
13. Hotel tidak boleh kutip orang tepi jalan untuk menjadi pekerja part time. Setiap pekerja perlu ada ilmu dalam bidang perhotelan.
14. Daftar masuk jam 4 petang itu hanya satu garis panduan sahaja. Jika bilik kosong, jam 11 pagi pun mereka benarkan masuk.
15. Itu berbalik kepada budi bicara pihak hotel. Budi bicara akan datang jika tetamu tahu berbudi bahasa.
16. Jika tetamu sombong dan berlagak, orang nak guna budi bicara pun akan fikir seribu kali.
17. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Jika kita tahu berbudi bahasa, kita tahu menggunakan empati, jam 10 pagi pun orang bagi bilik kepada kita.
18. Jangan kata beri bilik awal, malah saya pernah diberi bilik yang lebih baik. Sedangkan saya tempah bilik yang lebih rendah. Kerana apa ? Kerana kita tahu untuk menghormati orang lain.
19. Jangan ingat kita ada duit, kita mampu sewa hotel, kita merasa diri kita besar dan bos. Nak bising2, nak berlagak, dan buat staf hotel macam khadam. Bukan semua staf hotel layan anda dengan baik dan bersopan mengharapkan tips. Budi bahasa anda terhadap layanan baik mereka itu sangat besar bagi mereka.
20. Hanya orang berniaga yang faham masalah orang berniaga. Selamat malam….
9 Comments
betul..staf hotel tu pun manusia juga..bukan nya sbb kita bayar kita boleh arah diaorang sesuka hati mcm org gaji kann.. MA pun pernah kerja di hotel.. 5 start hotel pun pernah & rasa diharagai sgt bila guest hormat & treat kita mcm kita served diaorang...
ReplyDeleteBetul kadang nampak guest cakap kasar2 dengan pekerja hotel. Aduii.
ReplyDeleteSkrg byk hotel tp kena pilih2 jgk nk pergi holiday di hotel tu .
ReplyDeleteSepertinya memang saat ini persaingan di bidang perhotelan ini memang ketat sekali, Pak Kie.
ReplyDeleteAmbil contoh di kota saya di Sukabumi. Padahal Sukabumi itu hanya hotel kecil saja, saat ini sedikitnya ada 5 hotel berbintang disini. Belum lagi hotel-hotel kecil. Semuanya mengandalkan dari kunjungan wisatawan yang berwisata ke Sukabumi.
Salam,
jiran sy buat homestay. sblm covid mmg rancak laa masyukkkk je
ReplyDeletetp laa ni kata dia org cari homestay yg ada kolam. yg ada byk kemudahan...
sy rs pihak hotel pun alami perkara sama.
hotel besar nk uruskan tu mmg laa byk mkn modal
tp part plg crucial sekali dah tentulah human resource. org kite x minat dah nk jd housekeeping ni. sbb tu ramai pekerja hotel laa ni bangsa asing
Dulu saya suka juga duduk hotel tapi sekarang lebih selesa sewa home stay. Sebab rasa macam di rumah sendiri. Lagi bebas.
ReplyDeleteSetuju dengan anies
ReplyDeleteTak pernah lagi nginap hotel
ReplyDeleteLagi besar hotel.. lagi mewah .. lagi besar belanja kos untuk sara hotel tu.. untuk sekarang pun lebih memilih hotel yg selesa utk tidur sahaja..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.