Jenis-Jenis Ujian Dalam Rumah Tangga
Jenis-Jenis Ujian Dalam Rumah Tangga...
1. Ujian Mertua
Tak semua orang memiliki mertua yang baik...ada yg terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya...hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya...untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,
Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya...jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu...
Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami taknak mendengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar...isteri dipersalahkan suami, suami taknak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%... Untuk keadaan ini, hanya kesabaran si isteri yabg menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan...
2. Ujian Ipar
Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik...ada pasangan yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka...apa yg mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang...ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya...ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki...
3. Ujian Kewangan
Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga...dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, Tetapi kini berdua...apa yang suami makan, isteri makan...apa yang suami pakai, isteri pakai...segala galanya kena berkongsi...waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua duanya ada pendapatan...maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangat sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus...
4. Ujian Anak
Expectation yg ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat...anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yg kita impikan itu dengan segera...Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar...Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka...ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut...pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban...
5. Ujian Kecurangan
Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dgnnya? Adakah kita betul betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannnya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dengannya...dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat denga rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih...dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang orang ini sangatlah tinggi...gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan...
Akhir Kalam, ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian ujian yang dinyatakan, ada yang Tak... Bagi Mereka yang berjaya, mugkin sekarang mereka dah Berbahagia...bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah...hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumahtangga Bila di Uji Allah s.w.t...
Semoga Semakin Cekal.. Tabah.. Kuat kan Bersabar Serta Berfikiran Positif Sentiasa.
Banyak banyakkan Berdoa. Dan Dekatkan lah Diri Kita Dengan Allah SWT.
Semoga Rumahtangga Kita Di Berkati Allah SWT dan Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat.
Kunci kebahagiaan Adalah Sabar Ikhlas dan Sentiasa Bertolak Ansur dalam apa Jua perkara. Buangkan Rasa ego dan jangan membanding bandingkan pasangan Kita Dengan orang lain. Terima lah Buruk Baik pasangan Kita Itu Seadanya kerana perkahwinan Itu sebenarnya Menyatukan Dua Insan Yang Serba Kekurangan dan Tak Sempurna.
Semoga Kita Semua Di Rahmati Allah Taala.
Aamin Ya Robbal Alaaminn...
❤️🌹❤️
Nukilan Fazlina Pasha ...
10 Comments
Nice Sharing...Tak berani nk komen lebih sbb kita pun baru lepas phase 3 dlm perkahwinan =D
ReplyDeleteMasa saya nak kahwin dulu pun banyak jer ujian. Dengan saya yg belum bekerja ketika waktu itu. Lepas kahwin ujian dari mertua huhu.. tapi tenang2 aja layan keadaan.. lama2 okla tu :D
ReplyDeleteSemoga kita berjaya mengatasi semua ujian itu.
ReplyDeletehidup ni penuh dengan pelbagai ujian.....
ReplyDeleteYang penting segala ujian perlu kita hadapi dengan tabah.
ReplyDeleteMemang berbagai macam ujian akan dihadapi dalam kita berumah tangga.
ReplyDeleteYang terberat yang saya alami sepertinya ujian nomor 3, Pak Kie.
Salam,
Hidup penuh dgn ujian dugaan
ReplyDeleteujian kewangan tu, biasa dah...
ReplyDeleteujian is a test., aminn
ReplyDeleteKalau tiada ujian...tak dinamakan kehidupan...sebab kematian saja habis ujian di dunia tetapi ujian bersambung pulak dengan alam Bazakh
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.