Mitos Pelaburan Emas Yang Anda Perlu Tahu
Emas telah lama dianggap sebagai simbol kekayaan dan keselamatan kewangan. Namun, dalam dunia pelaburan moden, banyak mitos tentang emas yang terus disebarkan, menjadikan orang ramai terkeliru tentang potensi sebenar emas sebagai pelaburan.
Di sini, kita akan membongkar lima mitos utama tentang pelaburan emas dan menjelaskan realitinya.
Di sini, kita akan membongkar lima mitos utama tentang pelaburan emas dan menjelaskan realitinya.
MITOS 1: EMAS KALIS INFLASI
Ramai yang percaya bahawa emas adalah perlindungan terbaik terhadap inflasi kerana ia dianggap sebagai aset yang tidak kehilangan nilai. Mereka berpendapat bahawa nilai emas akan naik sejajar dengan kenaikan kos sara hidup.
Namun, berdasarkan kajian oleh Roy Jastram dalam The Golden Constant, emas sebenarnya mempunyai korelasi yang lemah dengan inflasi. Dalam banyak kes, emas gagal untuk melawan inflasi dan aset lain seperti saham atau bon yang dilindungi inflas atau Treasury Inflation Protected Securities (TIPS) menawarkan perlindungan yang lebih baik.

MITOS 2: EMAS ADALAH 'SAFE HAVEN'
Emas sering digembar-gemburkan sebagai aset yang selamat dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi atau krisis geopolitik. Memang benar harga emas sering naik ketika ada krisis, seperti semasa perang Rusia-Ukraine, tetapi harga emas cenderung untuk turun apabila keadaan kembali stabil.
Ini menunjukkan bahawa emas lebih bersifat spekulatif daripada benar-benar selamat. Safe haven sebenar adalah seperti government bonds yang lebih stabil dan tidak bergantung pada situasi luar.
Ini menunjukkan bahawa emas lebih bersifat spekulatif daripada benar-benar selamat. Safe haven sebenar adalah seperti government bonds yang lebih stabil dan tidak bergantung pada situasi luar.
MITOS 3: HARGA EMAS SENTIASA NAIK DALAM JANGKA PANJANG
Satu lagi mitos yang sering diulang adalah bahawa harga emas akan sentiasa naik dalam jangka masa panjang. Walaupun ini mungkin benar secara nominal, persoalannya ialah berbanding dengan apa?
Kenaikan harga emas dalam jangka panjang adalah lebih rendah berbanding dengan kelas aset lain seperti saham.
Menurut kajian oleh Profesor Jeremy Siegel, emas memberikan pulangan yang hampir kosong berbanding dengan saham, yang memberikan pulangan jauh lebih tinggi.

MITOS 4: EMAS MENYIMPAN NILAI LEBIH BAIK BERBANDING ASET LAIN
Orang sering menganggap bahawa emas adalah “store of value” yang unggul dan akan menjadi bentuk mata wang utama jika berlaku krisis besar.
Namun, realitinya, nilai emas adalah berdasarkan kepercayaan semata-mata, sama seperti aset spekulatif lain seperti kripto.
Dalam senario bencana besar seperti perang dunia, memiliki aset fizikal lain seperti tanah atau air bersih mungkin lebih bernilai daripada emas.

MITOS 5: EMAS MENYEDIAKAN DIVERSIFIKASI YANG BAIK UNTUK PORTFOLIO
Pelabur sering percaya bahawa emas adalah alat diversifikasi yang baik dalam portfolio pelaburan.
Walaupun emas mungkin boleh membantu mengurangkan risiko keseluruhan portfolio, ia tidak menjana pendapatan seperti dividen daripada saham atau kupon daripada bon.
Emas hanya berfungsi sebagai simpanan nilai, dan tanpa pertumbuhan, ia tidak mampu memberikan pulangan yang kompetitif berbanding kelas aset lain.

KESIMPULAN
Emas sering kali disalah anggap sebagai pelaburan yang unggul dan selamat. Namun, jika dilihat secara kritikal, ia adalah pelaburan yang kurang berprestasi berbanding dengan aset lain. Jika anda masih mahu melabur dalam emas, adalah bijak untuk mengehadkan pendedahan kepada emas dalam portfolio anda tidak lebih daripada 5% sahaja.
4 Comments
Saya juga berharap ada jongkong emas dan hasil dari jongkong emas tersebut saya mahu keluarkn zakat itu saja yang terbaik
ReplyDeletetapi tu lah..nak main saham tak reti...kikiki...tapi, tengok cerita korea, pekerja swasta biasa pun main saham...selalunya, apa yang ada dalam cerita tu btul...hihihi
ReplyDeletex pandai sgt bab pelaburan2 ni...
ReplyDeleteSaya ada juga simpan emas sikit..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.