Bagaimana Hendak Mengenal Golongan Wahabi?
Dia bukanlah Wahabi kalau dia tak baca qunut ketika solat subuh.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi kalau membid'ahkan orang yang membaca qunut ketika solat subuh.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia tak mahu wirid (sir atau jahar) selepas solat.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi jika melarang orang daripada berwirid selepas solat.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia tak mahu bertariqat.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi jika mengharamkan tariqat secara mutlak.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia singkatkan jubah hingga ke paras tengah betis.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi jika menghina orang yang berjubah labuh hal keadaan berjubah labuh itu bukanlah kerana khuyalak(sombong).
Dia bukanlah Wahabi kalau dia tak mahu buat tahlil.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi bila membid'ahkan orang yang melakukan tahlil.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia tak mahu baca yasin malam jumaat.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi jika mengatakan salah membaca yasin malam jumaat.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia tak baca talqin di kuburan.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi kalau mengatakan haram membaca talqin dikuburan.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia solat tarawih 8 rakaat sahaja.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi kalau mengatakan solat tarawih 20 rakaat bid'ah yang sesat.
Dia bukanlah Wahabi kalau tak mahu berarak ketika maulidurrasul.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi kalau melarang orang lain menyambut maulidurrasul.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia tak baca 'saiyiduna' dipangkal nama Nabi Muhammad S.A.W.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi jika mengatakan haram menyebut saiyiduna.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia tak mahu berzikir beramai2.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi bila dia mencela majlis zikir.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia tak mahu menjawab persoalan ayat mutasyabihat.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi kalau dia mengi'tiqodkan bahawa Allah bertempat.
Dia bukanlah Wahabi kalau dia belum mempelajari ilmul kalam.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahabi bila dia mencela ilmul kalam.
Dan banyak lagi perumpamaan yang boleh dilakukan kepada golongan Wahabi ini. Untuk pengetahuan semua, bila Wahabi membid'ahkan sesuatu amalan, maka bagi mereka amalan itu adalah haram lagi dosa dan masuk neraka. Sedangkan bagi ahlus sunnah wal jamaah, membahagikan bid'ah kepada 2 bahagian (hasanah dan dolalah). Panjang pula huraian jika ingin membahaskan tentang ini. Sekian
AJARAN WAHABI.
1. Beriktiqod/berpegang/meyakini bahawa ALLAH berada di langit. (fahaman Ahlus sunnah wal jamaah berpegang bahawa ALLAH wujud tanpa bertempat)
2. Memahami al quran dan hadis dengan zahir sahaja
3. Memusuhi fahaman ASWJ Asyairah dan Maturidiah
4. Suka membidaahkan amalan khilafiah
5. Bagi mereka, bidaah adalah bidaah dholalah sahaja. Tidak ada bidaah hasanah.
6. Mensyirikkan tawassul, tabarruk, istighasah, ziarah kubur, qasidah dsb
7. Menolak hadis dhaif
8. Menolak majlis maulid. Mengatakan maulid bidaah, tahlil bidaah, talkin bidaah, solat terawih 20 rakaat bidaah, wirid beramai-ramai bidaah, bacaan yasin malam jumaat bidaah dsb
9. Memusuhi para habaib (habib-habib)
10. Memusuhi orang sufi
11. Menuduh ASWJ sebagai syiah
12. Suka mendakwa diri pengikut salaf dengan slogan kembali ke manhaj salaf tapi berakidah ALLAH di langit
13. Menolak takwil
14. Menolak ulama dengan alasan kembali kepada al quran dan hadis (sedangkan para ulama lebih faham al quran dan hadis daripada kita semua)
15. Menuduh orang yang ziarah kubur sebagai penyembah kubur
16. Mensyirikkan orang yang memakai logo capal
17. Suka melabel orang yang berfahaman ASWJ dengan label capaliyun, kuburiyyun, ahli bidaah, ahli syirik dsb
18. Tidak mengaku mereka berfahaman wahabi. Bila dikata wahabi, mereka akan tanya "wahabi tu apa", "wahabi tu sebenarnya takda, hanya fitnah dan propaganda belaka"
19. Suka merujuk kepada syeikh usaimin, syeikh albani, syeikh bin baz, imam ibnu taimiah dan lain-lain
Banyak lagi ciri-ciri mereka. Tapi cukuplah sedikit ini sebagai panduan untuk kita berhati-hati. Jika ada ciri-ciri di atas, maka jauhilah sekalipun mereka membawa dalil daripada Al Quran dan Hadis untuk membenarkan fahaman mereka.
Fahaman wahabi ni bahaya,ia menyebabkan umat saling berbalah, memusuhi ulama, lebih teruk lagi ia merosakkan akidah, menyamakan ALLAH dengan makhluk Jangan sampai terpengaruh Jangan risau, kita pun ada dalil Sekali pandang, seakan-akan mereka yang betul sebab itu ramai yang terpengaruh Tapi jika diperhalusi, maka fahaman mereka itu sangat radikal dan menyimpang Fahaman ASWAJA.
6 Comments
Supaya kita semua berada di landasan yang lurus dan benar sepertimana yang kita bacakan setiap hari di dalam solat.
ReplyDeleteSenang-senang nanti join GA saya ye.
Deletemerisaukan. pernah dengar satu "ustaz" ni bercakap dimedsos, terasa agak pelik dengan ucapannya...seperti sesuatu gitu. Bila check balik...ohhhh patutlah
ReplyDeletewaktu di alam kampus, pernah belajar dengan pensyarah yg dikatakan 'wahabi'. tetapi di mata kami beliau tidaklah seteruk yg disangka orang. huhuhu
ReplyDeleteberamal ibadah di jalan Islam yg lurus semata...wahabi menyeleweng
ReplyDeleterisau sebenarnya...semoga kita semoga tidak terikut2 dan terpesong dengan amalan yang bukan2...aamin
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.