Ke arah hidup yang lebih bermakna
Assalamualaikum. Pada hari ini izinkan Abam Kie berkongsi satu menarik yang berjudul 'Ke arah hidup yang lebih bermakna'. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua.
2. Rajin-rajin lihat poket kita, lihat income kita, berapa simpanan kita, berapa aset yang ada, lihat hutang-hutang kita yang masih ada, lihat loan kita yang belum selesai. Ada lagi ke credit card atas kepala kita.
3. Jangan lari pula dengan zakat atau tanggungjawab cukai yang belum selesai. Tengok baki hutang kita. Hutang rumah, hutang kereta, hutang credit card, hutang beli perabot baru, beli barangan elektrik baru, hutang dengan kawan-kawan, hutang dengan adik beradik.
4. Hidup ni kena kerja keras. Mesti sentiasa rajin cari duit, supaya kita boleh selesaikan semua tanggungjawab kita. Bukan korek lubang dan tutup lubang.
5. Belajar betul-betul untuk mendapat pendapatan besar. Pulun buat bisnes betul-betul. Kuasai sungguh-sungguh. Masuk kelas, buat senarai kerja, susun strategi, jumpa orang, belajar buat sales, belajar bina group, belajar bernetworking. Jangan berangan kosong. Setiap hari mesti ada tindakan, mesti ada hasil walaupun kecil.
6. Jika hutang dah banyak, stop buat hutang baru. Selesaikan semua hutang yang ada. Uruskan kredit kita dengan baik. Masuk kelas belajar uruskan kewangan kita. Belajar berjimat cermat. Stop makan di luar. Harga direstoran dan cafe sangat mahal. Bawa bekalan ke tempat kerja. Anak-anak pun bawa bekal ke sekolah. Jimatkan bil mana yang boleh jimat. Tak perlu makan angin tempat berbayar. Bawa anak-anak mandi air laut, air terjun free pun ok. Hujung minggu, buat kerja tambahan, lipatgandakan usaha.
7. Jangan nak sakan bergaya. Jangan nak bermewah-mewah. Jangan nak show off kat orang. Tak ada sapa pun yang heran dengan kita. Kita mesti sedar diri sendiri, sedar kedudukan ekonomi kita. Beli rumah sepadan dengan kewangan kita. Nak beli kereta, ukur dulu wang sendiri. Nak beli handbag berjenama, berapa banyak duit kamu ada nak diletak dalam handbag tu, nak gi makan angin luar negara, ukur baju di badan sendiri. Jangan lihat orang lain, jangan terpengaruh dengan gaya hidup orang lain. Kamu bukan keturunan kaya raya duit tak pernah habis. Kena sedar diri setiap masa.
8. Jangan malu, biarkan apa saja orang nak kata, jangan peduli kata-kata orang. Jangan mudah give up, jangan mudah putus asa, jangan cepat kalah. Jangan asyik suruh orang beri motivasi. Hutang dan kedudukan kewangan adalah motivasi terbesar untuk semua orang bekerja kuat dan menempuh sebesar apapun halangan di depan. Jangan kalah, jangan tewas, jangan lembik.
9. Teruskan belajar, berusaha dan bekerja kuat. Hidup ini mengajar kita jadi keras. Jadi diri sendiri. Supaya kau insaf yang kau kena kerja kuat kerana masih ada perkara yang belum selesai dalam hidup ini. Nekad sungguh-sungguh, azam sesungguhnya, serius dengan diri sendiri bahawa semua tanggungjawab kewangan ada di tangan kita sahaja.
10. Jangan salahkan orang lain, jangan tuding pada sesiapa. Selagi kamu menyalahkan orang, selagi itulah kamu tidak akan berubah. Selagi itulah kamu terus terjerumus dalam lubang yang sama. Jangan cari pasal dengan sesiapapun. Hadap sendiri semua yang kita hadapi. Sebab tiada siapa yang boleh bantu kamu kecuali diri kamu sendiri.
11. Jaga kesihatan, jaga pemikiran, jaga tingkah laku, jaga akhlak. Jangan biul hilang maruah diri akibat tekanan ekonomi dan kewangan. Tahun 2025 yang akan datang tak lama lagi, akan lebih besar cabaran ekonomi. Bersedia dari sekarang. Dijangka tekanan lebih besar, harga barang melambung tinggi, harga rumah naik, kos sewa rumah pun naik, OPR naik, wang susut dengan banyak, banyak bisnes tutup, banyak syarikat tutup, peluang pekerjaan semakin mengecil.
12. Anak-anak muda mesti berusaha meningkatkan skills, tambah pengalaman, jangan memilih kerja, jangan bergantung dengan duit mak bapak kamu. Belajar berdikari, belajar bermula walaupun dari bawah, sanggup bekerja kuat, sanggup buat kerja lasak asal kamu belajar. Jangan goyang kaki, jangan berpeluk tubuh. Buat sesuatu untuk kamu sendiri.
13. Jangan asyik mengeluh, jangan asyik nak marah, jangan meminta simpati, semangat mesti kental, jiwa mesti kuat. Ingatlah harapan sentiasa ada. Allah itu ada. Dia boleh selesaikan sebesar apapun masalah hidup kita jika kita tidak putus asa dan sentiasa dekat denganNya.
14. Hanya orang kuat yang akan berjaya. Hanya orang yang tidak berputus asa yang akan terus berjaya. Hanya orang yang dekat dengan Allah yang akan menemui sinarnya. Hidup ini sementara tetapi jika tidak selesai di sini, maka tidak selesailah kehidupan kita di sana. Maka selesaikan semua urusan hidup kita di sini. Insyaallah, Allah ada. Dia akan bantu kita. Bergantunglah padaNYA sahaja.
8 Comments
Nice sharing...Thx =D
ReplyDeleteTerima kasih ya untuk perkongsian yang memotivasi.
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat nya...
ReplyDeletesenang cakap, ukur baju di badan sendiri...insya-Allah, tenang je hidup
Thanks for sharing AK. Bagus semua perkongsian ni.
ReplyDeletebagus pesanan ni tenkiu abam
ReplyDeletePaling2 setuju adalah jangan salahkan orang lain tu
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian ilmunya
ReplyDeleteTq share
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.