Cabaran Kehidupan Berumahtangga Dulu dan Sekarang
Pernah terfikir kenapa rumah tangga orang dulu-dulu nampak lebih rukun dan damai? Dan kenapa makin hari makin banyak pasangan sekarang yang bergelut dengan masalah dan berantakan?
Jom kita renungkan beberapa kemungkinan
1. Orang dulu lebih fokus pada keperluan asas dalam hidup berumahtangga. Mereka tak tertekan dengan kehendak dan gaya hidup mewah. Kehidupan yang sederhana lebih mudah untuk dipenuhi dan mengurangkan tekanan.
Pasangan masakini tertekan dengan kehendak yang tak berpenghujung... kereta mewah, rumah besar, atau bercuti luar negara. Bila kehendak tak dipenuhi, mudah timbul konflik.
2. Dulu, tiada gajet atau media sosial. Pasangan berkomunikasi secara bersemuka, mendengar, & benar2 hadir dalam perbualan.
Sekarang walaupun duduk bersebelahan, mata asyik terpaku pada skrin telefon. Komunikasi kurang berkualiti & perasaan diabaikan makin menebal.
3. Dalam keluarga dulu, peranan suami, isteri, & anak2 lebih jelas. Masing2 tahu tanggungjawab dan saling membantu demi kesejahteraan keluarga.
Sekarang ni, tekanan & gaya hidup moden kadang2 membuat peranan suami isteri jadi kabur. Bila tanggungjawab tak seimbang, pasangan mula la rasa terbeban & terpinggir.
4. Orang dulu lebih menekankan nilai sabar & kesetian . Mereka tahu ujian dalam rumah tangga adalah sebahagian daripada hidup & memilih untuk bertahan & menyelesaikan masalah bersama.
Sekarang semua nak cepat, termasuklah handle emosi. Sedikit salah faham je terus fikir jalan keluar adalah perpisahan.
5. Dulu tiada “highlight reel” kehidupan orang lain yg boleh buat kita rasa kurang atau cemburu. Fokus hanya pada keluarga sendiri. Paling2 pun cemburu dgn jiran beli kerusi baru.
Hari ni media sosial membuatkan kita membandingkan hidup kita dgn orang lain. Ia boleh merosakkan rasa syukur & kebahagiaan dalam rumah tangga.
Tapi...
Adakah org dulu2 tiada yang bercerai?
Walaupun selalu dikatakan bahawa rumah tangga orang dulu lebih rukun & damai, hakikatnya perceraian tetap juga berlaku, cuma kurang didedahkan atau dibincangkan secara terbuka.
Sebenarnya kes perceraian pernah menjadi isu besar di Malaysia dalam tahun2 1950-1970. Paling meruncing dalam tahun 1950-60.
Apa yg menjadi punca keruntuhan rumahtangga zaman dulu?
1. Perkahwinan paksa
Dulu ramai yg berkahwin atas pilihan keluarga atau dijodohkan tanpa mengenali pasangan terlebih dulu. Perkahwinan tanpa rela & keserasian ini menyebabkan masalah dalam jangka panjang. Bila timbul masalah, dan pula tiada cinta & persefahaman, perkahwinan jadi sukar utk dipertahankan.
2. Tekanan ekonomi
Kehidupan orang dulu2 banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Kalau suami tidak mampu menyediakan keperluan asas atau hilang punca pendapatan, ini boleh menyebabkan ketegangan dalam rumah tangga.
3. Kurang ilmu tentang perkahwinan
Ilmu komunikasi, pengurusan emosi, & hak2 dalam perkahwinan kurang ditekankan zaman dulu. Ramai tak tahu nak menyelesaikan konflik dengan baik. Masalah kecil boleh jadi besar & akhirnya membawa kepada perceraian.
4. Keganasan rumah tangga
Zaman dulu isu keganasan rumah tangga dianggap sbg masalah peribadi yg tak dibincangkan secara terbuka. Tapi, ada pasangan yg memilih untuk bercerai demi keselamatan diri & anak2, bila penderaan fizikal & emosi tak dapat ditoleransi lagi.
5. Susah dapat anak
Dalam masyarakat dulu, tekanan untuk mempunyai anak sangat tinggi. Kemandulan atau kesukaran mendapat zuriat sering menyebabkan perceraian kerana dianggap sebagai kegagalan perkahwinan.
6. Patriarki
Sistem patriarki zaman dulu menyebabkan hak & suara wanita sering diketepikan. Bila wanita merasa tertindas atau tidak dilayan dengan adil, mereka mungkin akhirnya memilih utk bercerai.
7. PJJ
Dulu2 bila suami bekerja jauh atau merantau dalam jangka masa panjang boleh jd asbab hubungan menjadi renggang. Ya lah, dulu mana la ada whatsapp, telefon pun tak ada.
Dulu2 perceraian jarang dibincangkan secara terbuka, & ramai yg memilih utk kekal dalam perkahwinan walaupun tak bahagia kerana stigma masyarakat. Sekarang ni banyak kesedaran hak individu, pendidikan yg lebih baik, & kebebasan bersuara membolehkan masalah ini dibincangkan dgn lebih terbuka.
Walaupun zaman berubah, cabaran rumah tangga sentiasa ada. Yang penting adalah ilmu (terutama ilmu agama), komunikasi, & kesefahaman untuk memastikan kebahagiaan bersama.
LynaNoh
11 Comments
betul tu. dulu sedaya upaya taknak kongsi hal bercerai-berai sbb malu..
ReplyDeletebercerai tanda jodohnya dah berakhir perkahwinan juga rezeki
ReplyDeleteRabia tak kahwin lg
ReplyDeleteHrp dpt jodoh yg sekufu
Hal hal rumah tangga ini banyak kan bersabar.. fahami satu sama lain.. jgn cpt nak melatah bagai.. cabaran hari demi hari makin kuat zaman skrg ni
ReplyDeletemungkin juga perkembangan ilmu membuatkan cabaran hidup berumahtangga tu berbeza pd zaman dulu dgn sekarang
ReplyDeletetak boleh nak komen banyak sebab saya sendiri pun tk kahwin lagi huhu
ReplyDeletecuma boleh katakan, perkahwinan zaman sekarang mmng banyak pasang surutnya. ambil contoh2 artis dan influencer jelah ramai bercerai-berai..
betul2 hadir dalam perbualan. oof that hit different!
ReplyDeleteUntuk perkahwinan kali ini banyak mengajar SA erti bertolak ansur dan sabar, susah senang hadapi bersama..biasa la rumahtangga kan...asam garam berumahtangga ada pasang dan surutnya...tetapi hadapi dengan kematangan...rumahtangga zaman sekarang banyak cabaran compare 30 tahun yang dulu...
ReplyDeletesusah bila masuk part rumah tangga nie...yang memang dalam perkahwinan toksik pun, susah nak lepas kan diri..
ReplyDeletesemoga yang baik2 je untuk rumah tangga kita semua..aamin
perasaan diabaikan makin menebal....ini cukup bahaya dan makan dalam
ReplyDeletejauh & terlalu byk beza...zaman dulu & zaman sekarang kannn...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.