Kenaikan pangkat sebagai guru kanan mata pelajaran bahasa
Assalamualaikum. Semasa bercuti di Bangi pada 19 Januari lalu, Tuan Pengetua tetiba menelefon Abe Kie untuk memaklumkan bahawa Abe Kie perlu pergi ke PPD Tanah Merah pada kesokan harinya untuk mengambil surat lantikan kenaikan pangkat sebagai guru kanan mata pelajaran bahasa.Memang dah lama khabar angin tentang kenaikan pangkat ini. Tetapi selagi belum menerima memo lantikan dari Tuan Pengarah Pendidikan Negeri, abe kie tak berani nak mengesahkan berita tersebut.
Oleh kerana abe kie masih di Lembah Klang maka abe kie cuma boleh mengambil surat lantikan tersebut pada 21 Jan 2025 (Selasa). Lewat sehari je. Memo lantikan itu disampaikan oleh Tuan Timbalan PPD. Tak ada majlis bagai. Cuma beliau bagi sedikit peringatan dan pesanan apabila menjawat jawatan baharu di sekolah baharu ni.
Usai menerima memo lantikan terus abe kie pergi melapor diri di sekolah baharu tersebut iaitu SMK Ladang Kerilla, Tanah Merah. Jaraknya dari rumah cuma 20km. Sesampai di sana abe kie disambut oleh kerani sekolah. Terus dia suruh check in. Lepas tu jumpa pengetua, Kak Zie. Dia pun baru lapor diri di sekolah itu dua minggu sebelumnya. Sekolah ini kecil je. Cuma ada 36 orang guru dan 378 orang murid. Berbanding dengan sekolah abe kie sebelumnya yang ada 87 orang guru dan 1030 orang murid. Pasti tugasnya lebih ringan. InsyaAllah.
Inilah sekolah lama abe kie iaitu SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2, KM3, Jalan Machang, Tanah Merah, Kelantan dimana abe kie sudah bertugas di sini sejak 6 Januari 2004. 21 tahun jugak ye abe kie berkhidmat di sini. Jika tak mohon jawatan guru kanan memang la abe kie akan pencen di sini nanti. Tapi tu la... Takkan la selama2nya nak jadi guru akademik biasa? Bila tengok ramai kawan yang sebaya atau lebih junior dah naik pangkat, terasa gak diri ini ketinggalan di takuk lama. Bila x ada jawatan ni, kena terima je la apa tugas dan jawatan yang diberikan oleh pentadbir. Jika ada pangkat ni adalah kuasa tu sikit. Boleh gak arah rakan2 guru yang lain. Lagi pun abe kie dah bertugas sebagai guru sejak Sept 1997. Memang layak la mohon GKMP tempohari.
Ini gambar pelajar2 tingkatan lima semasa jamuan makan malam sebelum SPM tempohari. Bergaya dan anggun mereka. Sampai abe kie pun x cam.
Oh! Inilah foto sekolah baharu abam kie. Entah la berapa lama akan mengajar di sini. Semoga abe kie dapat bertugas dengan selesa dan membawa kemajuan kepada sekolah ini dari segi akademik, HEM dan ko-kurikulum. Doakan kejayaan abe kie di sini ye. Terima kasih.
9 Comments
Wah! Tahniah cikgu atas kenaikkan pangkat..semoga maju jaya di sekolah baru.
ReplyDeletealhamdulillah..congrats & moga terus maju!!!
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah abg kie... semoga dapat menabur bakti dengan baik dan diberi kesihatan yg sempurna .,. insyaAllah.. ameeennnnn
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah AK...semoga terus dapat menyumbang kepada negara dan anak bangsa..Aamin.
ReplyDeletebila dah cukup haul nie, nak mohon naik pangkat, tapi perlu berkorban sikit lah, sebab kalau dapat naik pangkat, memang akan pindha ke tempat baru, perlu sesuaikan diri di tempat baru pulak. semoga AK serasi di tempat baru.
Semoga yg terbaik buat Abam Kie...CIkgu2 sy masa sekolah rendah dulu pun ramai yg pilih utk ke jawatan lain sebelum bersara wajib...=)
ReplyDeletealhamdulillah. tahniah abam kie. semoga keringat abam kie mengajar anak - anak diredhai . semoga urusan abam kie dipermudahkan.
ReplyDeletebukan main ya diorang. mcm majlis sanding pakaian diorang hehhe
Wah..Tahniah!
ReplyDeleteSemoga terus maju jaya di sekolah baru.
Gilang-gemilang nampaknya jamuan pelajar tingkatan 5 tu ya 😃
Alhamdulillah dan Tahniah AK
ReplyDeleteTumpang gumbira!
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.