Majlis Perpisahan Abam Kie di Sekolah Lama
Assalamualaikum. Pada hari Khamis, 20 Feb yg lalu, telah diadakan Majlis Lambaian Kasih sempena perpindahan Abe Kie dari SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah ke SMK Ladang Kerilla. Abe Kie terpaksa berpindah ke sek baharu kerana kenaikan pangkat sebagai guru kanan matapelajaran bahasa. Abe Kie telah berkhidmat di sekolah lama sejak 6 Jan 2004 sehingga 16 Jan 2025. Satu tempoh masa yang lama kan?
Foto di atas tu kami anak beranak selfie sebelum sampai ke SMK DMPR2.
Abe Kie tengah berucap tu. Sebenarnya dah sediakan skrip sepanjang 2 muka surat tapi tak ikut mana pun skrip. Tu buat sebagai panduan je jika terlupa isi-isi penting.
Ini pula pembantu operasi sekolah (PO) bernama Azmeer yang banyak membantu Abe Kie semasa bertugas di DM2. Dia ni bujang lagi. Sapo2 nak buat menantu boleh la hubungi Abe Kie. Hehehe...
Ini pula masa makan2 di Dewan PIBG selepas majlis perpisahan tu. Terima kasih atas persahabatan yang dibina. Nanti jika ada apa2 majlis tu jemputlah saya ke DM2 lagi.
Sambil makan sempat lagi papaprazi @ Cikgu Din snap candid. Cikgu lelaki tak ramai. Cuma 20 orang je drp hampir 90 orang guru kesemuanya.
Inilah foto Abe Kie dgn anak2 dara yang selalu minta duit nak beli makanan n minuman viral! Paling kiri tu Anis, Alis dan Alin. Mereka belajar di DM2 sampai habis SPM. Tapi Abe Kie tak pernah ajar pun anak2 sendiri di sekolah. Sebab buleh elak, dik!
Kebetulan pada tarikh yang sama Anis tamat latihan industri di DM2 jadi pihak PIBG dan guru pembimbing, Puan Wan Mahani bagilah sedikit hadiah kepada Anis.
Ini pula foto Abe Kie dengan Kak Mahizan. Seorang rakan sejawat yang baik dan prihatin.
Satu lagi foto dengan pelajar2 lelaki 5 Teknikal 2025.
Inilah hadiah2 yang sempat dibawa balik ke rumah pada hari kejadian.
Baru selesai unboxing hadiah2 yg diterima. Yang paling berat ialah Dessini Pressure Cooker.
Dalam kotak ni la berisi pressure cooker itu. Skrg Noxxa ada teman la. Boleh guna bergilir2 nanti.
5 Comments
alhamdulillah.meriah mcm2 hadiah ada
ReplyDeletemesti sedih kan sbb dah lama mengajar di situ,, its ok, new journey..new adventure...all the best to Abe Kie di sekolah baru
Tahniah, Abe Kie. Dapat naik pangkat maknanya naik gaji lah kannnn, hahahha.
ReplyDeleteSeronok tu dapat merasa ke tempat baharu. Selamat maju jaya cikgu Abe Kie. Smart baju batik, merah menyala.
ReplyDeletetahniah AK..selamat bertugas di sekolah baru...come2, sweet2 anak AK..
ReplyDeletealahai risau nya dengar tak lulus tu...anak linda pun harap cukup2 makan je...geram je mak nie berleter selalu...hahaha...
ReplyDeletesemoga yang baik2 untuk AK dan anak-anak murid nya ...aamin
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.