Cabaran Seorang Guru Baru Posting
Catatan panjang dari seorang Teacher Ketot
Baru-baru ini, saya terbaca keluhan seorang guru novis, tentang murid-murid sekarang yang semakin mencabar kelakuannya.
Memang bukan senang menjadi guru, terutama untuk subjek yang tak digemari.
Saya guru BI. Tiada rupa. Spesis renek pula.
Sekolah pertama saya ialah sebuah sekolah menengah yang murid-muridnya tak hairan pun dengan cikgu.
Pada bulan pertama, sedang saya mengajar di depan dalam kelas Tingkatan 2, seorang murid perempuan bangun, datang berdiri di sebelah saya, meletakkan tangannya separas kepala saya dan berkata kepada kawan-kawan sekelasnya,
"Oh, pendek..." (Merujuk kepada perbandingan ketinggian saya yang hanya separas bahunya).
Murid-murid satu kelas ketawa.
Darah saya menyirap. Kalau ikutkan, mahu saja saya 'back hand' kan budak itu, tapi apalah sangat back hand saya yang sepoi-sepoi macam lenggok tarian asyik ni.
Rajeswari masih berdiri di sebelah saya, bangga dapat menghiburkan rakan sekelasnya. Maka saya biarkan mereka puas ketawa.
Selepas ketawa mereka reda, saya katakan kepada Rajeswari.
"Indeed, Rajeswari. I'm short. But my brain is this big (saya tunjukkan gaya besar). Whereas compared to your body, your brain is the size of peanut (saya tunjukkan gaya kecil dengan mendekatkan jari telunjuk dan ibu jari saya). Nothing. You can hardly think. Now please go back to your seat before I kick you out. "
Rajeswari tergamam. Entah kerana apa yang saya cakap, atau kerana tak faham ayat panjang yang saya guna. 🤭🤣 Seluruh kelas senyap.
6 bulan di situ, setiap hari saya menangis semasa nak ke sekolah. Cikgu yang menangis ya, you all. Bukan murid yang menangis takmo pegi sekolah. 🤦🏽♀️😅 Nasib baik saya tak lama di situ.
Di sekolah yang kedua, saya masih mengajar kelas hujung. Murid tingkatan 4 dan 5, jauh lebih tinggi daripada saya. Pada suatu peristiwa, saya panggil seorang murid yang suka merayau keluar. Dia tak kisah pun dengan saya. Saya cuba tarik dia balik ke kelas, tapi kerana gagahnya dia, walaupun saya pegang bajunya, saya pula yang diheretnya lari jauh dari kelas. Dahlah... sukahati awaklah, anak.
Ada cikgu lain yang saya dengar menyumpah murid itu dengan ayat yang menakutkan, tapi saya tak pandai menyumpah. Tapi sampai bila saya nak membiarkan saiz saya menentukan rasa hormat murid kepada saya?
Bermula daripada situ, saya melakukan beberapa perkara yang saya dapati berkesan untuk diri saya. I gained more respect from the students and managed classes better.
1. Do your homework.
Sebelum bermula tahun baharu, saya dah ada senarai nama murid yang akan saya ajar. Saya dah mula tanya-tanya kepada guru lain, murid mana yang perlu diberi perhatian. Saya bintangkan nama mereka dan hafal nama itu. Then I match the name with the face. Saya panggil nama ikut senarai, sekali dengan semak kehadiran. Apabila murid yg dipanggil itu angkat tangan, saya dah tahu murid dan namanya.
Mind you: kawan kita mungkin akan beri additional info tentang murid itu. Abaikan apa-apa info yang tak baik tentang murid itu. Don't judge.
2. Know your students.
Guru yang kenal murid akan lebih disegani, dan ada bond di antara murid-guru yang terbentuk di situ.
Murid-murid saya memang tahu Teacher mereka ingat nama mereka dengan bin/binti sekali. Bukan sekadar "Murid yang tepi pintu tu" atau "Kamu" . Seawal hari pertama masuk kelas, saya dah panggil nama murid yang 'hard core' untuk respond atau jawab soalan. Somehow murid rasa takut apabila tiba-tiba cikgu dah tahu nama mereka. Janganlah sampai setengah tahun pun masih guna "kamu yang duduk tepi tingkap tu", atau "kamu kat belakang tu". Kalau murid tak tahu nama kita dan rujuk kita sebagai 'cikgu yang bulat macam Doraemon tu' agak-agak awak sentap tak?
3. First impression.
Trick ini saya buat pada kali pertama saya masuk kelas. Sebelum duduk, saya akan pandang muka murid satu persatu.
Saya tak senyum.
So murid akan dapat mesej, cikgu ini bukan cikgu yang 'boleh dimakan'. Gradually, barulah saya soften dan murid akan dapati Teacher mereka bukanlah ogre, tapi teacher tegas yang dalam hatinya ada taman. Kalau awal-awal dah senyum-senyum nak ambil hati murid tunjuk kita cikgu baik, silap-silap murid ambil kesempatan.
4. Surah Saba' pelembut hati.
Sambil ronda kelas, saya baca surah Saba' ayat 10 dan hembus ketika berada di belakang murid. Saya doakan Allah lembutkan hati murid itu, dan juga lembutkan hati saya supaya bersabar dengan murid itu. It has to go both ways, bukan untuk murid saja ya.
5. Kenali jenis murid anda.
Saya selalu dapat kelas hujung. Murid saya bekerja selepas balik sekolah. Mereka datang sekolah hanya untuk tidur. Atau menyanyi melalak di belakang kelas.
Maka saya ajak mereka menyanyi. Ikut genre muzik yang mereka suka. Saya guna lagu untuk ajar mereka WH questions. Saya guna lagu yang berkaitan dengan topik yang diajar. Lepas nyanyi, kita bincangkan mesej dalam lagu itu dalam bentuk essay atau perbincangan kumpulan. Atau cipta lirik lagu versi mereka.
Untuk murid yang jenis kinestetik, saya ajak mereka buat scrap book, lakonan atau project based. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya mereka tak tidur.
Begitulah apa yang saya lakukan dengan kelas saya, sehingga dengan hanya tunjuk isyarat tangan count down saja dari tingkat atas, murid-murid dah faham dan bergegas masuk ke kelas saya selepas rehat.
Tak perlu jerit panggil masuk kelas .
We respect each other.
We have certain codes that we understand between us.
Note: Apa yang saya lakukan tidak semestinya sesuai dengan murid anda. Tetapi apa yang pasti, kenalilah murid anda. Cubalah fahami mereka.
If a child can't learn the way we teach, maybe we should teach them the way they learn.
7 Comments
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman begini. Saya yang di bidang lain seronok membaca bagaimana kita perlu buat intervensi sendiri untuk maksimumkan nilai kita di mata orang. Semalam isteri saya ada mesyuarat dengan KPM dan dalam mesyuarat itu dibentangkan bahawa negara kita kekurangan 7 ribu lebih guru setiap tahun. Dalam perancangan akan datang SPP akan buat dua pengambilan setahun berbanding hanya sekali sekarang ini. Di antara sebab banyaknya kekosongan ialah ramai guru pencen awal.
ReplyDeleteAllah... memang besar cabaran menjadi guru.
ReplyDeleteSaya sebenarnya suka menjadi guru, sayang anak-anak murid tapi ada kalanya mengharapkan cepatlah sampai tarikh bersara.
susah menjadi seorang guru sekarang, lagi2 di zaman mencabar nie..kadang2 jadi mak ayah pun terasa gagal juga, apatah lagi cikgu yang dah tentu bukan darah daging mereka...
ReplyDeleteterima kasih cikgu2 semua yang sentiasa bersabar dengan karenah anak2 dan masih mengambil berat tentang meraka..
saya sgt respect guru sbb tabah menghadapi pelbagai kerenah pelajar terutama yg kelas belakang.. moga terus diberi ketabahan & semangat buat Abam Kie & semua guru..
ReplyDeleteKalau la saya jadi cikgu dulu ...sudah tentu lima tahun lagi saya pencen
ReplyDeleteThanks for sharing AK. Sesungguhnya jasa semua guru memang tak dapat dibalas. Memang lain kan, dulu dan sekarang.
ReplyDeleteBukan semua orang 'terpilih' jadi guru ni....
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.